IQNA

Amalan Hari Arafah

21:01 - June 15, 2024
Berita ID: 3104599
IQNA - Dalam kitab Mafatih al-Jinan, untuk malam dan siang Arafah disebutkan perbuatan dan ibadah yang pelaksanaannya dapat membantu kita dalam memperolehi keberkatan sebanyak-banyaknya pada hari yang agung ini.

Ahad 16 Jun dan 9 Dzuhijjah bertepatan dengan hari Arafah; Hari ketika Hazrat Imam Husain (as) mengagumkan dunia perhambaan kepada Tuhan Yang Esa dengan doanya yang indah di padang pasir Arafah. 

Dalam kitab Mufatih al-Jinan, untuk malam dan siang Arafah disebutkan perbuatan dan ibadah yang pelaksanaannya dapat membantu kita dalam memperolehi keberkatan sebanyak-banyaknya pada hari yang agung ini.

Amalan Malam Arafah
Pertama: Doa yang bermula dengan frasa ini hendaklah dibaca:

اَللّهُمَّ یا شاهِدَ کُلِّ نَجْوى وَ مَوْضِعَ کُلِّ شَکْوى وَ عالِمَ کُلِّ خَفِیَّةٍ وَ مُنْتَهى کُلِّ حاجَةٍ یا مُبْتَدِئاً
 "Ya Allah, wahai saksi segala permohonan dan pengalih segala keluhan, yang mengetahui segala rahsia dan mengakhiri segala keperluan, wahai yang memberi permulaan..." 

Kelanjutan doa ini anda mendenngar dari link;

https://static.ahlolbait.com/files/ahlolbait/old/download/47/ya_shahed_kol_najva.mp3

Kedua: Berdasar yang dinukil oleh Kafami dalam kita Doa Mafatih al-Jinan membaca tasbihat ke-10, yang termasuk dalam amalan hari Arafah, sebanyak seribu kali.

Ketiga: Membaca doa;
اللّهُمَّ مَنْ تَعَبَّاَ وَ تَهَیَّاَ... yang juga masuk pada bacaan hari Arafah dan malam Jumaat.

Keempat: Ziarah kepada Imam Husain (as).

Amalan Siang Hari Arafah
Hari kesembilan adalah hari Arafah dan merupakan salah satu hari raya yang besar, walaupun ia tidak disebut hari raya, dan ia adalah hari di mana Allah mengajak hamba-hamba-Nya untuk menyembah dan mentaatinya, dan menyebarkan rahmat dan nikmat-Nya kepada mereka, dan syaitan lebih rendah diri, hina dan dirajam pada hari ini dan ia lebih murka daripada hari-hari lain.

Diriwayatkan bahawa pada hari Arafah, Hazrat Zainul-Abdin (as) mendengar suara seorang pemohon yang meminta pertolongan daripada orang ramai, lalu dia berkata kepadanya: Celakalah kamu, adakah kamu meminta selain daripada Allah pada hari ini? 
Dan manakala bagi anak-anak dalam kandungan, pada hari ini, mengharapkan rahmat Allah menutupi keadaan mereka dan mereka berbahagia; Dan untuk hari ini terdapat beberapa amalan:
1. Ghusl - mandi yang disyorkan, hendaklah dilakukan sebelum tergelincir - condong matahari menjelang tengah hari.

2. Ibadah ziarah Imam Husain (as), yang lebih tinggi daripada seribu haji, seribu umrah, dan seribu Jihad, dan hadis-hadis, dalam banyaknya keutamaan ziarahnya, diulang pada hari ini, dan jika seseorang itu cukup beruntung kerana berada di bawah kubah sucinya pada hari ini pahalanya tidak kurang daripada orang yang berada di Arafah.

3. Selepas solat Asar, sebelum mula membaca doa Arafah, hendaklah menunaikan solat dua rakaat di bawah langit dan mengakui dosa-dosa diri sendiri kepada Yang Maha Esa, supaya ditebus pahala Arafah dan diampunkan dosanya. Maka, apabila tiba waktun condong matahari, hendaklah pergi ke bawah langit dan menunaikan solat zuhur dan Asar dengan rukuk dan sujud yang baik, dan apabila selesai, lakukan solat dua rakaat yang pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah, baca Al-Ikhlas dan pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah, bacalah Al-Kafirun; Dan setelah itu, melakukan solat empat rakaat dengan cara dua rakat-dua rakaat, yang pada setiap rakaat, selepas Al-Fatihah, membaca Al-Ikhlas lima puluh kali. Solat ini dikenal sebagai solat Amirul Muminin Ali bin Abi Thalib (as).

4. Syeikh Kafaami berkata dalam kitab al-Misbah bahawa berpuasa pada hari Arafah disunnahkan bagi seseorang yang tidak merasa lemah dan tidak menghalangnya daripada doa Arafahnya.

5. Dianjurkan mandi sebelum matahari condong dan menziarahi Imam Husain (as) pada siang dan malam hari Arafah.

6. Membaca Pujian kepada Nabi (SAW) pada hari Arafah.

7. Membaca Surah Al-Ikhlas seratus kali dan Ayat Kursi seratus kali dan selawat untuk Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad seratus kali dan lalu membaca doa berikut: 

لااِلهَ اِلا اللّهُ وَحْدَهُ لا شَریکَ لَهُ لَهُ الْمُلْکُ وَ لَهُ الْحَمْدُ یُحْیى وَ یُمیتُ وَ یُمیتُ وَ یُحْیى وَهُوَ حَىُّ لا یَموُتُ بِیَدِهِ الْخَیْرُ وَهُوَ عَلى کُلِّشَىْءٍ َقدیرٌ.

"Tiada Tuhan selain Allah sendiri-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia yang menghidupkan lalu mematikan, Dia yang mematikan lalu menghidupkan, dan  Dialah yang maha Hidup yang tidak mengalami kematian, di  tangan-Nya segala yang terbaik, dan Dialah yang Maha berkuasa atas segala sesuatu".

4221589

 

tanda nama: Haji
captcha