IQNA

Mubahalah dan kekuatan kelembutan

20:46 - July 01, 2024
Berita ID: 3104686
IQNA - Senjata Nabi (SAW) dalam peristiwa Mubahalah adalah penggunaan yang baik dari apa yang dikenali hari ini sebagai kuasa lunak - soft power.

Laporan IQNA; Hari ke-24 Dzulhijjah bersamaan dengan 1 Julai, ulang tahun peristiwa Mubahalah Rasulullah (SAW) dengan orang Kristian Najran, ketika orang Kristian meminta Nabi Islam (SAW) untuk mengadakan Mubahalah.

Mubahlah ialah permohonan laknat ilahi ditimpakkan kepada pendusta untuk membuktikan kesahihan pehak yang berdakwah dan ia berlaku antara dua pihak yang masing-masing mengaku sahih - benar.

Mubahlah Nabi (SAW) bersama orang Nasrani Najran adalah salah satu peristiwa di zaman permulaan seruan Islam, yang dianggap sebagai tanda keaslian dan kesahihan seruan Nabi Islam (SAW). 

Peristiwa ini juga menunjukkan keutamaan Nabi (SAW) dan Ahlulbayt baginda di arena Mubahalah, iaitu, Imam Ali (as), Fatimah (as) dan Hasanin (as).

Menurut sumber, selepas berdebat dengan orang Kristian Najran dan mereka menampakkan kekufuran degil mereka, Nabi (SAW) menawarkan Mubahalah dan mereka menerima. Tetapi pada hari yang dijanjikan, orang Kristian Najran, selepas melihat bahawa Nabi (SAW) telah membawa ahli keluarga bersamanya, merek enggan melanjutkan.

Ayat 61 Surah Aal-Imran membicarakan tentang peristiwa Mubahalah dan dikenali sebagai ayat Mubahalah. Syiah percaya bahawa dalam ayat Mubahalah, Imam Ali (as) dianggap sebagai diri dan jiwa Nabi (SAW), dan oleh itu mereka menganggap ayat ini sebagai salah satu keutamaan Imam Ali (as). Peristiwa ini telah diriwayatkan dalam sumber Syiah dan Sunni.

Agensi Berita Baratha Iraq «براثا» telah menganalisis dimensi kejadian Mubahalah dalam nota bertajuk "Mubahalah dan Perang Lunak", yang diterjemahkan seperti berikut:

Mubahalah" «مباهله» berasal dari Bahl «بهل», dan Bahl secara harfiah berarti "meninggalkan sesuatu dan tidak memperhatikannya". Pada hari Mubahalah, orang Kristian Najran bersepakat dengan Nabi Islam (SAW) untuk Mubahlah, dan baginda Nabi (SAW), bersama Hazrat Ali (as), Fatimah Zahra (as), Imam Hasan dan Imam Husain (as), telah muncul di tempat yang ditetapkan untuk Mubahalah.

Tokoh-tokoh Kristian yang terkemuka, apabila melihat Nabi Islam (SAW) bersama keluarganya, berkata bahawa jika tokoh-tokoh ini meminta Tuhan untuk menghancurkan gunung-ganang, Tuhan pasti akan mengabulkan doa mereka. Oleh itu, orang Nasrani Najran berundur diri dari mengadakan Mubahalah dengan mereka (as) dan berdamai dengan Nabi dan keluarganya (SAW).

Selepas kejadian ini, turunlah ayat Mubahalah dan Allah Taala berfirman: 

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ العِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
"Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Qs, A-li'Imraan 3:61).

Jika kita mengkaji kejadian ini dengan lebih mendalam, kita akan dapati bahawa kuasa lembut boleh dipromosikan berdasarkan kata-kata yang baik dan dialog dengan kuasa keras (ganas) lain dalam bidang pengukuhan saf dan mencapai kemenangan ke atas pihak pelampau.

Isu ini boleh diteliti dalam dua aspek;
Pertama: Mendedahkan golongan radikal dan ekstremis; Kerana perbualan yang tenang dan logik mendedahkan kebatilan mereka dan menolak mereka ke tepi. Kerana mereka tidak mempunyai logik dan kata-kata yang baik untuk dipertanggungjawabkan.

Kedua: kepastian kemenangan pihak yang benar ke atas golongan pelampau; Kerana dengan mendedahkan tipu muslihat pelampau, menghilangkan peluang untuk mereka mengembangkan kejahatan baharu dan ini boleh memutuskan tali yang telah mereka tarik ke arah tindakan jahat yang baharu.

Tetapi asas Nabi (SAW) menerima cabaran ini adalah, pertama sekali, kepercayaannya kepada Tuhan, kedua, percaya kepada dirinya sendiri, kemudian percaya kepada keluarga dan para sahabatnya, dan pada langkah keempat, keyakinan terhadap kemampuannya untuk meyakinkan pehak lain.

Oleh itu, senjata Nabi (SAW) dalam kejadian ini adalah penggunaan optimum apa yang dikenali hari ini sebagai kuasa lunak.

3488949

tanda nama: peristiwa mubahalah
captcha