IQNA

Amalan Siang dan malam Tasua dan Asyura

15:36 - July 15, 2024
Berita ID: 3104760
IQNA - Meninggalkan segala yang biasa dibuat pada harian supaya berperhatian kepeda Imam Husain (as) dengan setiap cara yang mungkin seperti mengadakan perkabungan, bermuhasabah, ziarah, dan lain-lain adalah tindakan yang paling penting yang disyorkan pada hari Tasua dan Asyura Muharram.

Untuk hari Tasua dan Asyura dalam sumber agama, disebutkan dan ditegaskan bahawa kita tidak boleh melakukan perbuatan biasa dan sehari-hari pada hari Asyura seperti hari-hari lain dalam setahun, kerana hari ini adalah hari yang paling berbeza dalam setahun dan sudah tentu kita tidak boleh lupa bahawa tindakan yang paling dianjurkan dalam Islam adalah berfikir dan yang telah disebutkan dari tindakan yang dianjurkan adalah untuk mengadakan perenungan dan berfikir yang mendalam.

Di antara amalan yang dianjurkan pada hari Tasua dan Asyura, berikut dapat disebutkan:
1. Amalan pertama yang dianjurkan pada hari Tasua dan Asyura ialah menziarahi Imam Husain (as). Menziarahi Imam Husain (as) pada malam Asyura adalah sangat berfaedah. Sesiapa yang tinggal di maqam Sayyed al-Syuhada (as) pada malam Asyura hingga pagi, Allah akan mengumpulkannya bersama para syuhada dan di sebelah Imam Husain (as).

2. Hari ke-9 dan ke-10 Muharram adalah hari penderitaan dan kesedihan bagi Ahlul-Bayt Nabi besar Muhammad (SAW) dan semua Syiah mereka (as). Oleh sebab itu, adalah tidak wajar bagi Syiah terlibat dalam urusan harian dan urusan dunia pada dua hari ini, khususnya pada hari Asyura. Pada hari ini, para pecinta Ahlul-Bayt (as) hendaklah berkabung dan mengambil bahagian dalam majlis duka Ahlul-Bayt (as).

3. Dianjurkan solat 100 rakaat pada malam Asyura. Solat ini dilakukan dengan cara dua rakaat dua rakaat, selepas membaca Surah Al-Fatihah, hendaknya membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, dan selepas salam solat, membaca 70 kali;

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ‏ وَ اللَّهُ أَکْبَرُ وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّهَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِیِّ الْعَظِیمِ 

Perlu dikatakan dalam riwayat lain bahawa selepas zikir di atas, hendaklah juga diucapkan Istighfar.

Disunnahkan juga di malam hari ke9 Muharram hendaknya melakukan solat empat rakaat di tengah malam, dalam setiap rakaat selepas Surah Al-Fatihah, membaca Ayatul-Kursi 10 kali, dan Surah al-Ikhlas, Falaq, dan Nas dibaca masing-masing 10 kali, dan slepas salam solat hendaknya membaca Surah al-Ikhlas 100 kali.
 
4. Allamah Majlisi berkata dalam kitab Zad al-Ma'ad «زادالمعاد» bahawa lebih baik tidak berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh; Kerana Bani Umayyah berpuasa pada dua hari ini untuk keberkatan dan pujian atas pembunuha Imam Husain (as). Juga, melalui Ahlul-Bayt (as), terdapat banyak hadis yang mencela puasa pada dua hari ini, terutama pada hari Asyura.

5. Menghidupkan malam Asyura mempunyai keutamaan yang besar dan sangat dianjurka, dalam jumlah pahalanya, dinyatakan bahawa jumlah ibadat semua malaikat adalah sama dengan 70 tahun.

6. Membaca ziarah Asyura pada hari ke10 Muharram mempunyai pahala yang besar dan boleh dibaca dari jauh atau dekat serta mengucapkan salam dan penghormatan kepada Hazrat Imam Husain (as).

7. Pada hari Asyura, sebutlah seribu kali: 

اَللّهُمَّ الْعَنْ قَتَلَهَ الْحُسَینِ علیه السلام
"Ya Allah Laknalah atas pembunuhan al-Husain (salam sejahtera atasnya).

8. Amalan lain yang dianjurkan untuk hari Asyura ialah membaca Surah al-Ikhlas seribu kali. Imam Sadiq (as) berkata: Sesiapa yang membaca Surah "al-Ikhlas" seribu kali pada hari Asyura, Allah Yang Maha Pemurah akan melihatnya dengan belas kasihan, dan sesiapa yang Allah memandangnya dengan rahmat, Dia tidak akan mengazabnya.

4226736

captcha