IQNA

Analisis:

Ismail Haniyeh, seorang Mujahid fi sabilillah

17:47 - August 01, 2024
Berita ID: 3104855
IQNA - Mujahidin adalah golongan orang yang dicintai oleh Tuhan, Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang di jalanNya seakan-akan mereka bangunan benteng yang kukuh. (Qs, As-Saaf, 4).

Kelebihan Mujahid atas mereka yang tidak berjihad, Allah SWT berfirman;

لا يَسْتَوِی الْقاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِینَ غَيْرُ أُولِی الضَّرَرِ وَ الْمُجاهِدُونَ فِی سَبِیلِ اللَّهِ بِأَمْوالِهِمْ وَ أَنْفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجاهِدِینَ بِأَمْوالِهِمْ وَ أَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقاعِدِینَ دَرَجَةً وَ كُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنى‌ وَ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجاهِدِینَ عَلَى الْقاعِدِینَ أَجْراً عَظِیماً
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar". (Qs, An-Nisaa' 4:95).

Pepatah popular para pemikir menyatakan bahawa; Jika ingin melihat kebesaran jiwa seseorang, maka lihatlah siapa pihak yang memusuhinya; jika pemusuhnya adalah tukang penjual pisang goreng tentu ia selama ini berurusan dengan jualan pisang goreng, dan nilainya seukuran persoalan penjualan pisang goreng, demikian juga jika seseorang memiliki musuh pemain bola sepak atau ia dimusuhi oleh kalangan pemain bola sepak, maka nilainya seukuran persoalan permainan bola sepak, demikianlah seterusnya kita boleh mengukur nilai kita atau seseorang masing-masing dengan melihat siapa musuhnya atau siapa yang bermusuh dengannya.

Jika kuasa politik hegemoni dunia menjadi musuh seseorang atau Ia dimusuhi oleh rejim atau kumpulan rejim-rejim dunia kafir yang angkuh, yang memiliki propaganda besar dan kuat untuk menaklukkan, merampas dan menjajah tanah air dan bangsanya maka nilainya sepuluh kali ganda dari kuasa politik hegemoni yang disasarkan oleh musuhnya, kerana ukuran kejahatan berdasar perkiraan Allah SWT hanyalah satu berbanding satu, tetapi nilai kebaikan 1 berbanding sepuluh, Allah SWT berfirman;

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)". (Qs, Al-An'aam 6:160).

Berusaha Amal baik atau amal soleh disebut jihad di jalan Allah sebagai pengertian yang am, memiliki perkiraan pahala satu berbanding sepuluh kebaikan, tetapi yang dimaksud jihad fi sabilillah yang diperkenalkan oleh Allah SWT sebagai memiliki maqam tinggi di sisinya selain puluhan kali ganda kebaikannya juga apabila ia dibunuh maka ia mencapai maqam kesyahidan yang memiliki maqam khusus ketinggian dan kebesarnya di sisi Tuhan.

Jihad fi sabilillah yang berpengertian khas ini apabila seseorang yang berjuang adalah memperjuangkan keselamatan Agama, tanah air dan umat Islam dan berhadapan langsung atau terjadi perang lansung menjadi musuh para rejim penjajah, kerana perjuangan untuk mengusir penjajah, perjuangan yang persoalannya adalah mempertahankan nilai-nilai suci kemanusiaan yang disokong oleh seruan ajaran suci Agama Tuhan yang mengajak untuk melawan kaum penindas dan membela orang yang ditindas, disini bukan lagi persoalan pisang goreng atau bola sepak, tetapi pada tahap persoalan manusia, nilai-nilai kemanusiaan, harga diri suatu bangsa atau umat Islam yang mencakupi seluruh nilai kemanusiaan umat manusia, maka umat manusia akan memberi haraganya, akan menghargainya sebagai pahlawan kemanusiaan seluruhnya, dan itulah Peribadi Ismail Haniyeh, yang hari ini telah ditasyik kesyahidannya oleh ribuan manusia di Tehran, Republik Islam Iran.

Ismail Haniyeh, seorang Mujahid fi sabilillah

Musuh zionis global merasa dicabar oleh perjuangan perlawanan Islam Palestin yang dipimpin oleh Syahid Ismail Haniyeh, sehingga ia menjadi mangsa untuk diterornya yang malah menghantar Mujahid Ismail Haniyeh ke maqam tinggi kesyahidan yang diiring kepergiannya ke sisi Tuhan dengan pengantaran yang dipenuhi oleh kumpulan pelayat dengan sangat berhormatnya, menunjukkan beliau telah menang dan sebagai pemilik jiwa besar jiwa yang tenang dan mencapai maqam tinggi syahadah di sisi Allah SWT, yang berfirman:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki". (Qs, A-li'Imraan 3:169).

Ukuran seorang peribadi yang berjiwa besar juga disinggung dalam firman Allah SWT berikut;

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ

"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi". (Qs, Al-Maaidah 5:32).

Membela dan menyelamatkan  jutaan bangsa Palestin; kanak-kanan, wanita dan lelaki warga sipilnya dari penindasan rejim penceroboh, ganas dan penjajah zionis Israel dengan berjuang melawan rejim ini, tentu memiliki nilai kemulian berjuta kali ganda.

*Jiwa yang besar (pemilik maqam tinggi di sisi Allah SWT) memiliki ciri-ciri; 
1. Apa yang diperjuangkanya adalah nilai-nilia kemanusiaan; Kesucian agama Islam dan kehormatan umat manusia, menolong orangyang ditindas dan berusaha mencapaikan kemerdekaan bangsa dan tanah airnya dari penjajah-kuasa hegemoni global.

2. Pemusuhnya adalah kumpulan penceroboh dan penjajah umat manusia atau memiliki musuh penindas manusia.

*Zaman ini pelaku pencerobohan dan hegemoni bangsa lain adalah sedang dilakukan oleh kumpulan penguasa kafir Eropah dan Amerika Syarikat yang menyokong berdirinya rejim yang menamai diri mereka sebagai kumpulan Yahudi zionis yang mendirikan rejim zionis Israel di atas tanah air rakyat Palestin.

*Mujahid Ismail Haniyeh telah mencapai kesyahidan oleh musuh kemanusiaan, iaitu kumpulan zionis Israel.

**Siri Pasukan Pertahanan Palestin - kajian Sekhah Ali.

captcha