IQNA

Pemikir Jordan dalam wawancara dengan IQNA

14:15 - September 01, 2024
Berita ID: 3105024
IQNA - Perbezaan dalam membaca sejarah kenabian; Cabaran yang serius untuk Umat Islam

Laporan IQNA; Syeikh Mustafa Abu Reman «شیخ مصطفی ابو رمان» Merujuk kepada halangan-halangan Umat Islam dalam pelaksanaan biografi (sejarah kehidupan) Nabi Islam (SAW) dalam masyarakat hari ini,  menegaskan: Pada pendapat saya, halangan-halangan ini adalah hanyalah perbezaan nipis yang wujud dalam pembacaan mengenai biografi Nabi (SAW). 

Ramai ulama dan sejarawan Syiah dan Sunni telah menulis biografi Nabi itu, tetapi kita mesti mempertimbangkan biografi Nabi mengikut akal dan apa yang tertulis di dalam Kitab Allah. 

Sebilangan orang melihat kehidupan Nabi (SAW) dari sudut manusia, sebaliknya segala perbuatan dan perkataannya adalah berdasarkan wahyu Allah.

Syeikh Mustafa Abu Reman, salah seorang ulama dan mubaligh Islam, dilahirkan di Jordan. Beliau berguru dengan syeikh dan ulama besar Islam dan kini beliau dikenali sebagai salah seorang mubaligh Islam di dunia Arab.

Abu Reman adalah salah seorang ulama Sunni Jordan, tetapi beliau percaya bahawa tidak ada perbezaan antara Muslim Sunni dan Syiah dan mereka boleh mengunjungi tempat-tempat yang diberkati tanpa sebarang halangan.

Syeikh Mustafa Abu Reman, dalam temu bual dengan IQNA, mengucapkan takziah kepada seluruh umat Islam atas ketibaan ulang tahun kewafatan Nabi tercinta Islam, Hazrat Muhammad Mustafa (SAW), merujuk kepada wasiatnya kepada Amirul Mukminin (as) dan berkata: Nabi (SAW) mewasiatkan Ali (as) supaya bersabar di dunia dan untuk melindungi Fatimah Zahra (as), Imam Hasan dan Imam Husain (as) dan juga untuk mengumpulkan lembaran tulisan mushaf kitab suci Al-Quran.

Beliau menambah: Pada saat-saat terakhir dalam kehidupan yang diberkati, Nabi (SAW) tidak mempunyai kesedihan kecuali untuk umatnya, Nabi (SAW) membuat wasiat untuk umatnya dan menasihati mereka. Nabi (SAW) memberi arahan dan menjelaskan banyak perkara kepada hazrat Ali (as), termasuk tentang Imam Hasan dan Imam Husain (as), Nabi (SAW) menjelaskan bahawa kedua-dua cucunya ini adalah sebagai Imam yang mulia umatnya ini yang akan mati syahid di tangan orang yang zalim, dan orang yang menzalimi mereka akan dilaknat.

Beliau menambah: Rasulullah (SAW) telah wafat seperti nabi-nabi lain dan orang-orang lain, dan Allah berfirman tentangnya: 

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati". (Qs, Az-Zumar 39:30).

Nabi (SAW) meninggalkan kitab Allah dan banyak hadis. Seperti yang dikatakan dalam hadis Staqalain «حدیث ثقلین»: 

إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمُ الثَّقَلَيْنِ كِتَابَ اللَّهِ وَ عِتْرَتِي أَهْلَ بَيْتِي ما إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بهما لَنْ تَضلُّوا أبَداً و إنّهما لَنْ يَفْتَرِقا حَتى يَرِدا عَلَيَّ الحَوْضَ
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mulia iaitu Kitab Allah dan Ahlul Baitku selagi kamu berpegang teguh kepada dua perkara yang mulia ini, nescaya kamu tidak akan sesat, keduanya tidak akan berpisah antara satu sama lain sehinggalah keduanya kembali kepadaku pada hari kiamat di tepi telaga Kawstar".

Hadis ini diriwayatkan dalam kitab riwayat pihak (Syiah dan Sunni) dan menyatakan kebaikan yang besar «خیر عظیم».

Syeikh Abu Reman melanjutkan: Nabi (SAW) mempunyai akhlak yang sangat baik dan mempunyai akhlak Al-Quran. Kelakuan Nabi (SAW) sepenuhnya berdasarkan kepercayaan, kejujuran, kehormatan, kesucian dan jihad di jalan keredhaan Allah, dan hari ini kita boleh melaksanakan tingkah laku baginda Nabi (SAW) dalam masyarakat kita dengan mengikuti tingkah laku Nabi (SAW) dan bergerak dalam jalan sunnahnya untuk selamat di dunia dan akhirat.

Syeikh Mustafa Abu Reman menyatakan tentang bagaimana kehidupan politik Nabi (SAW) digunakan untuk menyelesaikan masalah masyarakat hari ini: Seluruh kehidupan Rasulullah (SAW) dihabiskan untuk menyelesaikan masalah umat Islam kerana baginda (SAW) adalah rahmat kepada dunia dan memberi petunjuk kepada semua manusia. Segala tingkah laku dan tutur kata (SAW) adalah penyelesaian bagi setiap masalah dan dilema, dan dalam jihad, dakwah, akhlak dan segala aspek kehidupan baginda (SAW) menerangkan kepada kita cara menangani masalah dan kesulitan. 

Oleh itu, beliau (SAW) adalah contoh politik, sosial, ekonomi dan lain-lain untuk manusia.

Syeikh Mustafa Abu Reman menyambung: Ulama-ulama masyarakat kita hari ini hendaklah menjelaskan akhlak dan sifat-sifat Rasulullah (SAW) dan menerangkan kepada umat bagaimana baginda dalam bidang pemerintahan, ummah, keluarga dan anak-anak. Rasulullah (SAW) adalah contoh teladan untuk orang besar dan kecil dalam hidupnya. 

Oleh itu, jika kita mengkaji kehidupan Rasulullah (SAW) dan melaksanakannya dalam masyarakat, kita akan dapat memperkukuh akhlak mulia ini dalam masyarakat.

Pada akhirnya, Syeikh Abu Reman menegaskan: Adalah perlu bahawa kehidupan Islami Rasulullah yang dikasihi (SAW) harus berterusan dalam semua aspek kehidupan kita, dan sebagaimana Allah memerintahkan kita untuk menjadi satu umat yang bersatu, Rasul Allah (SAW) juga untuk perpaduan ummah ini telah diutus Allah ketengah umat manusia yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran, Tuhan telah memerintahkan kita untuk mengikuti Rasulullah (SAW) dan Ahlil-Baytnya (as), maka kita harus mengikuti mereka dan memusuhi musuh-musuh mereka (as).

Pemikir Jordan dalam wawancara dengan IQNA

Pemikir Jordan dalam wawancara dengan IQNA

4234365

captcha