Laporan IQNA; Serentak dengan Minggu Perpaduan dari 12 hingga 17 Rabiul-Awal, satu perhimpunan antarabangsa muslimat bertemakan "Peranan Pendidikan Wanita dalam Mengukuhkan Perpaduan dan Pertahanan" telah diadakan sebagai sebahagian daripada program Perpaduan Islam ke-38.
Persidangan muslimah yang mengambil bahagian dari Indonesia, Aljazair, Amerika, Lubnan, Palestin, Syria, Iraq, Yaman, Bahrain, Perancis, Mexico, Peru, Pakistan, Afghanistan, Malaysia, Turki, Brazil dan India mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
1. Persidangan Perpaduan Islam dan Perjumpaan Muslimah diadakan ketika Gaza masih dihujani bom dan peluru pembunuhan oleh melitan Zionis penceroboh.
2. Kami, wanita dan lelaki Islam dari seluruh dunia dengan kebangsaan, bahasa dan mazhab yang berbeza, menekankan keperluan perpaduan dan usaha Muslimah untuk mencapai satu Ummah Islam, dan kami percaya bahawa jika kami tetap bertekad dalam kesatuan kalimah dan mengelakkan perbezaan dan tidak jatuh ke dalam perangkap konspirasi musuh yang memecahbelahkan, jalan Pertahan dan Penentangan boleh membawa kepada kemenangan akhir.
3. Kami wanita Islam, bersama-sama dengan usaha saudara-saudara kami di Hamas dan Jihad Islam Palestin, menghormati pertahanan dan penentangan wanita Palestin yang tiada tandingan dan kami amat percaya bahawa singa-singa medan perjuangan menentang pencerobohan oleh militan zionis atas Baitulmaqdis, telah bangkit dari pangkuan ibu-ibu perkasa yang tidak lari dari kekerasan dan penderaan dan memberi pelajaran tentang maruah dan jihad fi sabilillah dan mereka telah mengajar anak-anak mereka untuk berdiri dan bermurah hati meletakkan hidup mereka dalam perkhidmatan suci ini.
4. Kini dunia menyaksikan penentangan bangsa Palestin yang tertindas yang tidak dapat dikalahkan oleh militan zionis penceroboh, bukti peranan wanita yang gigih berdampingan dengan lelaki dan anak-anak mereka terhadap jenayah perang yang paling kejam adalah benar dan wajar dipuji.
5. Kami tidak akan melupakan ingatan kepada gadis dan wanita merdeka yang peduli atas penindasan bangsa Palestin dari negara yang berbeza di Timur dan Barat dunia dan menjerit berani mengutuk kumpulan militan zionis penjenayah yang menceroboh dan mendudui wilayah Palestin. Mereka yang walaupun tidak berkesempatan untuk mengikuti agama Islam, tetapi mengikut fitrah mereka, mengikuti perintah Islam ini yang dikatakan oleh Imam Ali bin Abi Talib (as):
کونا للظالم خصما وللمظلوم عونا
“Jadilah musuh kepada orang yang zalim dan tolonglah orang yang dizalimi."
Di penghujungnya, para peserta mengucapkan terima kasih kepada Majmak dunia Taqrib mazahib Islam « مجمع جهانی تقریب مذاهب اسلامی» kerana mengadakan pertemuan wanita antarabangsa ini.