IQNA

Analisis; Risalah Syuhada/1

Seumur hidup jihad syahid Haidari

11:59 - October 25, 2024
Berita ID: 3105311
IQNA - Cukup untuk manusia boleh memegang ucapan benar yang tidak akan ada lagi keraguan di dalamnya iaitu ucapan dari Wahyu Tuhan Pencipta seluruh Alam dan Manusia; Allah SWT berfirman, yang bermaksud: "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki". (Qs, A-li'Imraan 3:169), tentu bagi manusia yang memiliki ruh penuh iman kepada Allah SWT pastilah mengerti jalan menuju kesyahidan adalah suci dan mulia, seperti riwayat hidup Syahid Dr. Ali Haidari ini.

Laporan IQNA; Pada siri Analisis; Risalah Syuhada, kami berusaha angkat Riwayat hidup para syuhada kontemporari supaya kita semua yang masih hidup di dunia dan di zaman kontemporari ini boleh mengambil pelajaran dan ibrah yang sangat kita perlukan, pada siri pertama ini kita angkat kisah syuhada seorang yang berkhidmat kepada manusia lain dengan tulus sebagai seorang doktor yang penuh belas kasih kepada sesama manusia, beliau adalah Syahid Dr. Ali Haidari «دکتر علی حیدری».

Beliau datang dari Lubnan untuk melayani jemaah Arbain, gambar yang ditayang dalam klip berikut termasuk berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan penziarah Arbain tahun 1398 hingga 1400HS bersamaan dengan 2019 hingga 2021M. 

Ali Haidari, seorang doktor Iran yang tinggal di Lubnan selama hampir tiga dekad. Anak-anaknya semuanya dilahirkan di Lubnan, mereka boleh mendapatkan sijil kelahiran Lubnan untuk mereka mendapat manfaat daripada semua kemudahan untuk warga Lubnan, tetapi beliau mempunyai keinginan yang besar untuk mendapatkan sijil kelahiran dan pasport Republik Islam Iran untuk semua anaknya. Bertahun-tahun yang lalu anak-anak beliau, memilik sijil kelahiran dan pasport kewargaan Republik Islam Iran. 

Dalam tempoh kira-kira dua puluh tahun, beliau pergi jihad pertahanan untuk Republik Islam Iran berhadapan dengan musuh penceroboh di selatan Iran untuk peperangan pertahanan suci, dan beberapa tahun kemudian beliau hijrah ke Beirut, Pada masa itu, beliau telah menjadi seorang doktor umum.

Untuk hijrah ke Lubnan beliau hanya memiliki wang senilai 50 ringgit (50 ribu toman), dengan tampa memiliki sokongan khusus, beliau melangkah khidmat ke medan Jihad di Lubnan, dengan mengejar keazaman kemanusiaannya untuk berkhidmat, beliau pergi ke Lubnan, jalan yang mengekalkannya untuk duduk di Lubnan perkahwinan dan sudah tentu hospital tetap di wilayah selatan Lubnan, beliau menjalankan perkhidmatan kesihatan sedemikian di Lubnan untuk semua orang, untuk orang Kristian, malah untuk orang Yahudi yang tinggal di sana, dan untuk pasukan dan barisan Hizbullah tentu khusus pada tempatnya.

Kini selepas bertahun-tahun bertugas sebagai doktor peluang tiba untuk pulang kembali ke pangkuan Ilahi yang menjadi idamannya dan menjadi rumah kediaman yang damai selama-lamanya.

Berdasarkan periwayatan rakan-rakan dekat syahid mulia ini, beliau tidak mengambil satu Sen/Toman pun dari pesakitnya, dia menghabiskan semua wangnya dari poketnya sendiri untuk membuka Maktab pelayanan kesihatan umum, sehingga hari-hari terakhir ini ketika Dr. Ali Haidari berumur 63 tahun. Dia pergi dengan baju khidmat yang berlumuran darah suci kesyahidannya.

Seorang lelaki yang tinggal di garis depan untuk mempertahankan kehormatan kemanusiaan dari selatan Iran hingga ke selatan Lubnan. Dia hidup untuk satu hakikat tujuan yang disaksikannya/syahadah. 

Sebelum detik-detik kesyahidannya berlangsung beliau sempat mengirim mesej suara kepada rakan doktornya dan membuat wasiat bahawa beliau berkata: "Doktor John! Terdapat 5 orang daripada mereka yang datang ke sini (Beliau memberi khabar ada 5 orang tentera musuh zionis sedang menuju kepadanya), saya dan anak saya juga tinggal di sini, dan bagi saya, kerana anda adalah saudara saya yang mulia, saya boleh mengatakan bahawa kemungkinan besar, sangat mungkin, jika Tuhan menghendaki, saya akan sampai kepada cita-cita saya. Saya juga menulis dalam wasiat saya bahawa jika jasad mayat saya ada, saya ingin berehat di sebelah Imam Khomeini", dan sememangnya arwah beliau berehat di sebelah lelaki yang menghantarnya untuk menjadi layak mencapai maqam kesyahidan, yang dimuat dalam beberapa wasiatnya.

Majlis perpisahan/tasyik jenazah Dr. Ali Haidari, seorang doktor Iran yang berpangkalan di Lubnan dan pahlawan era pertahanan suci revolusi Islam Iran, telah diadakan petang semalam, Khamis, 24 Oktober 2024, di taman makam para syahid; "Mikraj Syuhada Tehran" «معراج شهداء تهران». Sebagai penerusan jenayah perang, rejim Zionis menyerang ambulans, dan berikutan tindakan ini, Dr. Ali Haidari; Seorang doktor Iran yang berpangkalan di Lubnan telah syahid.

Sejak permulaan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan serangan ke atas Lubnan, rejim Zionis telah berulang kali menyasarkan pusat perubatan dan kakitangan perubatan. Sebagai tambahan kepada kemusnahan meluas pusat perubatan dan pembunuhan orang awam, serangan ini juga telah menyasarkan termasuk orang sakit dan cedera serta membunuh ratusan doktor dan paramedik.

 

*Doktor John! - Panggilan kepada rakan doktornya bhs.Parsi «دکتور جان» Doktor yang ku sayangi!

**Siri Kajian Sekhah Ali; Risalah Syuhada Kontemporari; Jihad Perang suci melawan hegemoni ketidakadilan dan ketidakperi kemanusiaan rejim angkuh kafir zionis global.

captcha