Laporan IQNA, memetik laman web rangkaian Al Jazeera « الجزیره», dalam laporan yang ditulis oleh Muhammad Al-Mukhtar walad Ahmad «محمد المختار ولد احمد», telah menyiasat industri penulisan dan penyalinan buku-buku Islam dan pelbagai ilmu pada awal abad selepas kebangkitan Islam.
Dalam bahagian pertama laporan ini, disebutkan bahawa fenomena penulisan dan pembukuan - atau industri penerbitan buku dalam masyarakat Islam - merupakan salah satu fenomena kognitif/pengenalan yang paling ketara yang diberikan oleh tamadun Islam kepada tamadun manusia dan dengan perkembangannya, ia membawa kepada kelimpahan buku dan penubuhan perpustakaan awam dan swasta.
Terjemahan bahagian kedua laporan ini berikut:
Kecemerlangan dan kemakmuran kerjaya penulisan muslimin
Pada penghujung abad kedua Hijriah, industri buku, menurut buku Ibn Khaldun "Al-Muqadamah" «المقدمه», mengambil jalan menuju kemajuan dan kemakmuran, dan pada abad ketiga Hijriah/kesembilan Masehi, ia dibahagikan kepada pelbagai cabang seperti penyalinan, penyemakan pruf, penjilidan dan lain-lain urusan buku seperti jual beli kertas telah dibahagikan. Dengan cara ini, industri penulisan berkembang dengan ketara hingga di Andalusia.
Beribu-ribu jurutulis lelaki dan perempuan dari semua kelas masyarakat, dari ulama dan penulis dan anak-anak raja terdahulu sehingga para hamba telah bekerja dalam pekerjaan ini. Salah seorang ulama terkenal yang terlibat dalam kerja kertas untuk mendapatkan wang ialah Imam Ahmad bin Hanbal «احمد بن حنبل» (meninggal 241 H/855 M), yang terlibat dalam penulisan dan penyalinan buku untuk mencari nafkah semasa zaman pelajarnya.
Ahli fiqh dan sejarawan terkenal, Syahauddin al-Nawiri al-Syafi'i «شهاب الدین النویری الشافعی» (meninggal 733 Hijrah/1333 Masihi) merupakan salah seorang ulama terkenal pada zaman itu, dan banyak kitab dalam pelbagai ilmu telah dikarang oleh beliau.
Dikatakan beliau menyalin kitab “Sahih Bukhari” «صحیح بخاری» sebanyak 8 kali dan setiap naskhah buku ini dijual dengan harga 1000 dirham (kira-kira 2000 dolar AS hari ini). Dia pernah menulis 3 risalah 10 muka surat (30 muka surat) setiap hari.
Di antara raja-raja yang berkecimpung dalam profesion kertas kerja, boleh juga kita sebutkan Sultan Nur al-Din Zangi «نورالدین زنگی » (wafat 569 H/1173 M), yang ditulis oleh Dzahabi «ذهبی» dalam kitab Tarikh al-Islam «تاریخ الاسلام»: “Beliau kadang-kadang menyalin dan kadang-kadang mengarang."
Wanita kertas/Penulis
Wanita juga menyertai perniagaan kertas kerja bersama lelaki atau membantu lelaki dalam kerja ini
Waraqa binti Yentan «ورقاء بنت ینتان» (meninggal dunia selepas 540 H/1145 M) adalah seorang wanita Andalusia yang dianggap sebagai salah seorang penulis yang sangat baik. Dinyatakan dalam biografinya bahawa beliau adalah seorang penulis dan penyair yang juga seorang penghafaz Al-Quran dan ahli kaligrafi.
Antara jurutulis dan pengarang ialah mereka yang menulis buku mudah alih kecil, yang dikenali sebagai buku saku hari ini;
Jurutulis bersaing antara satu sama lain dalam kepantasan menulis dan kelantangan serta ketebalannya.
Para ahli pengarang mempunyai pembahagian yang berbeza dalam keindahan dan keburukan tulisan tangan mereka; Sebahagian daripada mereka dipanggil "tulisan tangan yang baik" «خوش خط», yang lain "tulisan tangan yang buruk" «بد خط» dan beberapa penulis juga dikenal sebagai penulis tangan yang mahir «خوش خط و ماهر».
Tulisan sebahagian penulis dikenal sebagai "kaligrafi atribut"/ "khat mansub/bersesuaian" «خط منسوب» yang bermaksud Khat yang bersesuaian dengan sudut-sudut penggambaran/dimensi geometri dan orang pertama atau ilmuan meletakkan kaedah dan peraturan untuk membahagikan penulisan khat kaligrafi ini ialah Ibn al-Bawab al-Baghdadi yang juga dikenal dengan Syaikh al-Khatatin «شیخ الخطاطین».
Antara penyakit penulisan/Plagiarisme akademik adalah mencuru hasil karya tulis orang lain tampa menyebut sumber tulisan dari orang lain.
Seni kaligrafi dan penjilidan buku, yang dipanggil "Tasfir" «تسفیر» di Andalusia dan Maghribi, dan seni penyepuhan dan hiasan adalah seni yang telah mencapai tahap kematangan yang tinggi dan kini dianggap antara seni tangan manusia yang paling indah.
Dengan perkembangan penulisan, industri membuat pen dan pensel serta mencampurkan dakwat berwarna turut berkembang.
Selepas peringkat perkembangan profesion penulisan dan penyalinan ini, penciptaan mesin cetak bermula, dan pada abad ke-15, Gutenberg mencipta mesin cetak.
Kitab pertama yang dicetak dengan mesin ini ialah kitab "Salaat al-Sawa'i" «صلاة السواعی» yang dicetak dalam bahasa Arab pada tahun 1513 Masihi. Selepas itu, banyak buku Arab dan Islam telah dicetak dan diterbitkan di bahagian yang berlainan di dunia Islam, sekali gus memudahkan akses kepada buku-buku sejarah untuk umat Islam.