IQNA

Pertandingan 18 orang pada hari keempat peringkat akhir pertandingan Al-Quran kebangsaan Iran

15:06 - December 13, 2024
Berita ID: 3105575
IQNA - Ketua Pengarah Wakaf dan Hal Ehwal Amal Azerbaijan Timur berkata: Pada hari keempat pertandingan Al-Quran peringkat kebangsaan ke-47 Republik Islam Iran, pada sebelah petang (13 Disember), pertandingan peserta lelaki dalam bidang tilawah, tartil, hafazan keseluruhan dan 20 juzuk diadakan di masjid Tabriz.

Laporan IQNA; Hujatul-Islam wal-Muslimin Syed Syahabuddin Huseini «حجةالاسلام والمسلمین سید شهاب‌الدین حسینی», Ketua Pengarah Wakaf dan Hal Ehwal Amal Azerbaijan Timur, dalam wawancara dengan IQNA dari wilayah itu, menyatakan: Pada hari keempat pertandingan Al-Quran peringkat kebangsaan ke-47, petang ini, 13 Disember, pertandingan peserta lelaki dalam bidang tilawah, tartil hafazan keseluruhan dan 20 juzuk daripadanya dilakukan di masjid Tabriz.

Beliau berkata: Kami menyaksikan diadakan dua bahagian, satu adalah hafazan seluruh Al-Quran pada waktu pagi, dan satu lagi adalah Tilawah tahqiq, tartil dan menghafaz 20 juzuk Al-Quran, yang bermula pada 2:00 PM dan berterusan sehingga 8:30 PM di Masjid Tabriz.

Tambah Huseini: Dalam kategori bacaan tartil, peserta pertama yang memberi persembahan adalah Salman Hesari «سلمان حصاری» dari Khorasan Razavi «خراسان رضوی», kedua Ehsan Abid «احسان عابد» dari Tehran, ketiga Yusuf Ayashi «یوسف عیاشی» dari Khuzestan «خوزستان», dan keempat Muhammad Shirin «محمدشیرین» dari Khorasan Razavi.

Setiausaha pertandingan Al-Quran peringkat kebangsaan Iran ke-47 menyambung: Dalam bidang menghafaz 20 juzuk Al-Quran, peserta pertama Abdullah Nejad Muhammad «عبدالله نژادمحمد» dari Hormozgan «هرمزگان», kedua Hamid Rezasafi «حمیدرضاصافی» dari Qom, ketiga Husein Jafarinejad «حسین جعفری‌نژاد» dari Golestan «گلستان».

Beliau menambah: Selain itu, dalam bidang bacaan penyelidikan/tahqiq, Javad Soleimani Torbati «جواد سلیمانی تربتی» adalah yang pertama mempersembahkan dari Khorasan Razavi, yang kedua Ishaq Abdulahi « اسحاق عبدالهی» dari Qom, yang ketiga Mehdi Shayeq «مهدی شایق» dari Alborz «البرز», yang keempat Amir Husein Anwari «امیرحسین انواری » dari Yazd «یزد», yang kelima Hamidreza Nasiri «حمیدرضا نصیری» dari Tehran «تهران», dan yang keenam ialah Omid Huseini Nejad «امید حسینی‌نژاد» dari Khorasan Razavi akan bertanding.

Huseini menyambung: Dalam kategori menghafaz keseluruhan Al-Quran, peserta pertama yang mempersembahkan  ialah Ali Mustasyarirad «علی مستشاری‌راد» dari Tehran, kedua ialah Ali Reza Khodabakhsy «علی رضا خدابخش» dari Khorasan Razavi, ketiga ialah Abuzar Karami «ابوذر کرمی» dari Markazi «مرکزی», yang keempat  ialah Alireza Muhammadi «علیرضا محمدی» dari Tehran, dan yang kelima ialah Amir Husein Zargari «امیرحسین زرگری» dari Mazandaran «مازندران».

Perlu diingatkan bahawa peringkat kebangsaan pertandingan Al-Quran ke-47 Republik Islam Iran diadakan dari 2 hingga 19 Disember dalam dua bahagian, wanita dan lelaki, dihoskan oleh wilayah Azarbaijan Timur di Masjid Tabriz.

4253846

tanda nama: Pertandingan Al-Quran
captcha