IQNA

Paparan lebih daripada 300 karya dalam pameran antarabangsa seni Islam makam Imam Ali (AS)

16:04 - January 12, 2025
Berita ID: 3105735
IQNA - Sempena ulang tahun kelahiran Amirul-Muminin, Ali (AS) dan selaras dengan aktiviti memperingati kelahiran putra Kaabah ini, pameran antarabangsa seni Islam di makam suci Imam Ali (AS) « میلاد امیرالمؤمنین، علی(ع)» menyaksikan paparan lebih daripada 300 karya seni yang mengagumkan di kalangan kehadiran pelawat dan kalangan ahli seni dan budaya.

Laporan IQNA, memetik dari laman web Wilayah makam Muqaddas Alawi «آستان مقدس علوی», Husein Al Rahimi «حسین الرحیمی», ketua Jabatan Kebudayaan Islam Makam Suci Imam Ali (AS) mengumumkan berita ini dan berkata: Pameran antarabangsa ini merangkumi lebih daripada 300 karya lukisan, kaligrafi, hiasan Islam, motif seni dan miniatur Ia diilhamkan oleh warisan Islam dan sebahagian lagi didedikasikan untuk karya seni yang mewakili biografi Hazrat Ali (AS) dan kehidupannya dari lahir hingga syahid.

Beliau menyatakan bahawa dimensi antarabangsa telah memberikan kepelbagaian dan keistimewaan pameran ini, sambil menambah acara ini menyaksikan kehadiran beberapa artis antarabangsa dari Lubnan, Iran, Pakistan dan Iraq.

Pegawai kebudayaan ini menyambung: Pameran ini mendapat kelulusan pengunjung yang berinteraksi dengan karya seni dan tahap kreativiti yang menzahirkan warisan Islam dan kehidupan Imam Ali (AS) telah disambut baik oleh orang ramai.

Sambil menunjukkan bahawa pameran ini membuka pintunya kepada pengunjung setiap hari dari lapan pagi hingga satu petang, beliau berkata: Acara ini memberi peluang kepada semua pengunjung untuk mendapat manfaat daripada kandungan budaya dan seninya.

Perlu diingatkan bahawa pameran seni Islam, yang dianjurkan sempena kelahiran Amirul Mukminin, Hazrat Ali bin Abi Talib (AS) dengan usaha Pentadbir Makam Suci Imam Ali (AS), membantu memperkayakan ingatan budaya pengunjung dan menawarkan pengalaman seni unik yang mencerminkan kehebatan warisan Islam.

4259472

captcha