Laporan IQNA, Perarakan "Nasr - Kemenangan" «نصر» diadakan di Tehran dan seluruh negara Iran sebagai rasa syukur atas kemenangan penentangan dan negara Palestin hari ini, Jumaat 17 Januari, selepas solatnya.
Perarakan berjalan meraikan kemenangan mengenakan gencatan senjata oleh Hamas ke atas rejim Zionis yang merampas dan membunuh kanak-kanak, selepas 465 hari penentangan penduduk Gaza terhadap pembunuhan beramai-ramai Zionis, telah diadakan di Tehran dengan kehadiran pelbagai bahagian orang ramai dari masjid Imam Khomeini (ra) «امام خمینی(ره)».
Para peserta perarakan ini memegang gambar pemimpin tertinggi revolusi Islam, Syuhada Syed Hasan Nasrallah «شهید سیدحسن نصرالله», Syuhada Pemimpin Hamas; Ismail Haniyeh « شهید حماس؛ اسماعیل هنیه», Yahya Sinwar «یحیی سنوار» dan syuhada Muqawamah yang lain dan panji-panji Republik Islam Iran, Palestin dan Hizbullah, slogan-slogan seperti; "AllahuAkbar «الله اکبر», La ilaha illallah «لا اله الا الله», Almaut li Israel «الموت لاسرائیل», Nasruminallah wa Fathun Qarib - Pertolongan dari Allah dan kemenangan segera tiba «نصر من الله و فتح قریب», Palestin menang-Israel hancur - bhs.Farsi «فلسطین، پیروز است؛ اسرائیل نابود است،», Hizbullah menang «حزب الله پیروز است» kita semua adalah tentera Khamenei, dengar perintah Khamenei, duhai jika Khamenei memerintahkan jihad, darah dalam urat kita adalah hadiah kepada pemimpin kita, wahai pemimpin yang bebas, kami bersedia, bersedia dan ..." - «ما همه سرباز توئیم خامنه ای، گوش به فرمان توئیم خامنه ای، وای اگر خامنه ای حکم جهادم دهد، خونی که در رگ ماست هدیه به رهبر ماست، ای رهبر آزاده، آماده ایم، آماده و ...» dan mengutuk jenayah Israel terhadap rakyat Palestin dan pembunuhan orang awam dan kanak-kanak oleh rejim pendudukan Zionis.
Di penghujung perarakan "Nasr", satu kenyataan dikeluarkan dalam 4 perenggan, dan para perarakan mengucapkan tahniah kepada negara Palestin yang tertindas dan rakyat Gaza yang bertahan dan syuhada Quds Asy-Syarif « قدس شریف» yang membanggakan yang membuka tanah kemenangan bersejarah ini dengan tertumpahnya dara suci kesyahidan mereka; "Kami, rakyat Iran Islam, sambil menekankan prinsip hak untuk mempertahankan tanah dan hak-hak sah negara Palestin, mengisytiharkan bahawa operasi "Taufan Al-Aqsa" «طوفان الاقصی» adalah pencapaian terbesar barisan penentangan dalam sejarah kontemporari dan lambang kekuatan iman dan Kehendak rakyat Palestin menentang penjajahan rejim Zionis, dan perjanjian gencatan senjata dan perubahan dalam keseimbangan kuasa adalah hasil penentangan heroik rakyat Palestin terhadap dasar Zionisme global.
4260327