IQNA

Masud Pezesykian:

Memperkukuh keharmonian dan keamanan global adalah mungkin melalui persahabatan antarabangsa

14:41 - February 11, 2025
Berita ID: 3105905
IQNA - Pada majlis perasmian Pameran Pelancongan Antarabangsa Tehran ke-18, Presiden berkata: "Mengukuhkan keharmonian, empati, dan keamanan global di kalangan negara boleh dilakukan melalui perjalanan dan persahabatan."

Laporan IQNA; Majlis perasmian Pameran Pelancongan Antarabangsa Tehran ke-18, pagi ini, Selasa, 11 Februari, dengan kehadiran Masud Pezesykian «مسعود پزشکیان»; Presiden, Syed Reza Salehi Amiri «سیدرضا صالحی‌امیری»; Menteri Warisan Budaya, Pelancongan dan Kraftangan serta sekumpulan pegawai dalam negera ini, duta dan tetamu asing telah diadakan di tapak tetap Pameran Antarabangsa Tehran.

Dalam upacara ini, Presiden Pezesykian menekankan perpaduan nasional dan merujuk kepada ayat: 

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada". (Qs, Al-Hajj 22:46).

Presiden meneruskan; Hati yang buta seperti lubang hitam, menelan setiap cahaya yang datang ke arahnya dan tidak memantulkannya. Melihat dan mengembara membawa kepada pertumbuhan, pengalaman, kemakmuran, perpaduan, dan kebersamaan di kalangan manusia.

"Pameran dan perhimpunan budaya diadakan untuk tujuan ini, untuk mempamerkan pengalaman dan pencapaian orang ramai, untuk membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain, dan untuk memperkenalkan budaya dan nilai yang berbeza antara satu sama lain."

"Berjalanlah di bumi dan lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mengingkari kebenaran. Mereka yang melihat dan belajar meluaskan ufuk intelektual mereka dan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang dunia. Selain aspek ekonomi pelancongan, dan melawat masyarakat lain dalam semua bidang boleh menyumbang kepada kemajuan manusia".

Moto PBB adalah untuk mewujudkan keamanan dan keselamatan dunia, dan matlamat ini hanya boleh dicapai melalui komunikasi, keamanan, persahabatan, dan saling menghormati, bukan melalui peperangan, pembunuhan, diskriminasi, dan pencerobohan.

Pezesykian terus menekankan: "Kita mesti menyediakan platform untuk semua negara hidup berdampingan. Jika kita mengembara ke negara lain dan mengenali budaya dan rakyat mereka, prasangka dan salah tanggapan akan hilang".

Beliau menyatakan: "Kami mempunyai hubungan mesra dan persaudaraan dengan jiran kami dan kami mahukan keamanan dan ketenteraman dengan semua negara. Setiap orang yang datang ke Iran adalah tetamu yang kami sayangi, dan kami berhubung dengan semua negara jiran, dan persahabatan dan persaudaraan ini akan berkekalan".

Edisi pameran ini akan diadakan dari 11 hingga 14 Februari, dengan 8 delegasi asing dan 14 negara termasuk Turki, Qatar, Malaysia, Thailand, Rusia, Uzbekistan, Tajikistan, Indonesia, Madagascar, dan UAE mempunyai gerai pameran di pameran itu.

Pameran Pelancongan Antarabangsa Tehran ke-18 dimulakan dengan pendekatan dan slogan "Keamanan di kalangan kumpulan etnik Iran dan keharmonian nasional «صلح اقوام ایرانی و وفاق ملی»."

4265465

captcha