IQNA

Pertandingan Al-Quran Karbala;

Lima qari bersaing dalam Anugerah Tilawah "Al-Umid" edisi ke-14 di Iraq

15:50 - March 17, 2025
Berita ID: 3106104
IQNA - Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa "Al-Umid" edisi ke-14 diteruskan dengan penyertaan lima qari yang maju ke peringkat kedua.

Laporan IQNA, memetik Al-Kafeel Global Network «شبکه جهانی الکفیل»; Pertandingan ini diadakan di bawah naungan Kompleks Saintifik Al-Quran Makam suci hazrat Abul Fadhlil Abas (as), dengan penyertaan perwakilan 22 negara di seluruh dunia; 30 qari dewasa dan 10 qari remaja.

Edisi pertandingan kali ini menyaksikan penyertaan qari berikut: Muhammad Rizqan dari Indonesia, Ammar Salem Heli dari Iraq, Muhammad Hassanzadeh dari Afghanistan, Rahim Sharifi dari Iran, dan Muhammad Ali Qasim dari Lubnan.

Pertandingan ini diselia oleh juri antarabangsa yang terdiri daripada Sheikh Muhammad Bassiuni dari Mesir, Sheikh Bassem Al-Abadi dari Iraq, Dr Mushtaq Al-Abadi dari Iraq, Sheikh Abdul Kabir Haidari dari Afghanistan, Sheikh Muhammad Asfour dari Mesir, Qari Sayyed Hassanein Al-Helou dari Iraq, Qari Karim Mousavi dari Iran, dan Qari Muhammad Rimal dari Lubnan.

Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif Makam suci hazrat Abul Fadhlil Abas (as) untuk menyebarkan budaya Al-Quran dan merupakan pendekatan yang betul untuk individu dan masyarakat, di mana qari dari negara Arab, Asia dan Afrika telah datang untuk mengambil bahagian.

Abdelrahman Natawish, peserta Aljazair, menegaskan dalam ucapannya mengenai pertandingan itu bahawa Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa bertujuan menyebarkan ajaran Islam dan budaya Al-Quran di kalangan masyarakat yang berbeza.

Beliau berkata: "Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan tilawah Al-Quran antarabangsa terbesar, yang mana matlamatnya adalah untuk menyebarkan ilmu Islam dan budaya Al-Quran di kalangan semua masyarakat Islam."

Peserta Aljazair itu melahirkan rasa gembira kerana berada di Iraq dan menyertai pertandingan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pengkhidmat Makam suci hazrat Abul Fadhlil Abas (as) kerana mengadakan pertandingan ini.

رقابت پنج قاری در چهاردهمین دوره جایزه تلاوت «العمید» در عراق +  عکس

4272401

captcha