Laporan IQNA; Kecerdasan buatan merupakan salah satu alat yang berguna dalam dunia teknologi. Perbincangan tentang kecerdasan buatan adalah sangat penting pada hari ini, dan kita boleh mengatakan bahawa kecerdasan buatan telah mengambil alih semua aktiviti manusia, daripada aktiviti kognitif hingga ke pandangan.
Sekumpulan alim ulama, pendakwah dan fuqaha telah memberi amaran terhadap penyebaran program; khususnya program internet seperti kecerdasan buatan yang tersebar di media sosial seperti WhatsApp kerana ada penyelewengan terhadap ayat-ayat Al-Quran.
Ulama telah menggesa umat beragama agar tidak menggunakan program dan platform yang tidak diketahui secara pasti kebenaran pendedahanya seperti yang dibuat melalului program digital kecerdasan buatan (AI) dan bahawa memahami dan menghafaz Al-Quran dan teksnya adalah tanggungjawab yang mesti diberi perhatian oleh semua lelaki dan wanita Islam.
Dalam satu nota di akhbar mengenai kecerdasan buatan dan aplikasinya tentang Al-Quran, Muhammad Asgar «محمد عسگر», seorang penganalisis untuk akhbar Mesir "Sadi Al-Balad" «صدی البلد», membincangkan kesilapan pemprosesan data kecerdasan buatan berkaitan Al-Quran dan Hadis dan menyatakan: Kecerdasan buatan adalah salah satu perkembangan yang paling ketara dalam bidang teknologi pada era moden dan digunakan dalam banyak kes, termasuk pemprosesan teks agama.
Sementara itu, Al-Quran adalah teks agama yang paling suci yang digunakan oleh kecerdasan buatan untuk memudahkan akses dan mengkaji ayat-ayat, namun malangnya, penerapan kecerdasan buatan pada teks Al-Quran menghadapi cabaran, terutamanya dalam bidang mendapatkan sumber atau menyampaikan ayat-ayat Al-Quran dengan benar dan tepat.
Baru-baru ini, penggunaan kecerdasan buatan di dunia telah meningkat, dan teknologi ini telah menarik jutaan pengguna di seluruh dunia Walaupun kecerdasan buatan tidak ditemui untuk masa yang lama, penggunaan alat ini telah menjadi sangat popular di kalangan pengguna, kerana ia mudah diakses dan perkhidmatannya adalah percuma dan tersedia untuk semua orang.
Dengan peningkatan teknologi, cabaran serius telah timbul dalam penggunaan kecerdasan buatan dalam hal-hal keagamaan, dan isu ini penting terutamanya selepas penyiaran berita bahawa kecerdasan buatan melakukan kesilapan dalam mengambil ayat-ayat Al-Quran.
Atas sebab ini, amaran telah diberikan (oleh ulama) terhadap bergantung kepada kecerdasan buatan atau teknologi lain yang tidak boleh dipercayai dalam hal agama, kerana telah terjadi penyelewengan teks Al-Quran adalah salah satu isu terpenting yang diperhatikan dalam penggunaan kecerdasan buatan, dan salah satu masalah paling berbahaya yang boleh membawa kepada perbezaan agama dan mazhab ialah penyelewengan terhadap Al-Quran.
Kecerdasan buatan bergantung terutamanya pada ketepatan data input, jadi data yang tidak tepat dan tidak boleh dipercayai pasti akan membawa kepada keputusan yang tidak tepat. Di samping itu, chatbots AI (kecerdasan buatan) dengan akses terbuka dan percuma membenarkan sesiapa sahaja untuk memasukkan data, meningkatkan kemungkinan ralat dalam hasil walaupun dengan model carian lanjutan syarikat besar dan terkenal seperti Google dan Meta.
Dan kini masih ada persoalan dari sudut teknikal, itulah sebabnya kecerdasan buatan membuat kesilapan dalam membaca dan menyatakan ayat-ayat Al-Quran.
Terdapat beberapa sebab untuk ini, yang berkaitan dengan cara kecerdasan buatan memproses bahasa dan teks beberapa sebab yang mungkin adalah seperti berikut;
1. Pendapatan maklumat automatik: Model AI (kecerdasan buatan) dilatih dengan jumlah teks yang sangat besar, dan kadangkala kekeliruan atau kesilapan mungkin berlaku apabila merujuk dan mendapatkan semula ayat tertentu, terutamanya jika ayat itu panjang atau serupa dengan ayat lain.
2. Tafsiran atau terjemahan yang tidak tepat: Walaupun AI (kecerdasan buatan) cuba memetik ayat dengan tepat, perbezaan halus dalam penulisan atau terjemahan boleh membawa kepada kesilapan juga mungkin terdapat pertindihan antara ayat yang mempunyai makna yang serupa, dan AI (kecerdasan buatan) mungkin tidak dapat memahami atau mentafsirnya dengan betul.
3. Batasan pengaturcaraan dan pendidikan: Kecerdasan buatan tidak mempunyai pemahaman agama yang mendalam seperti yang dimiliki oleh ulama dan fuqaha yang hidup, kecerdasan buatan adalah berdasarkan model matematik dan statistik yang kadangkala mungkin tertakluk kepada kesilapan kerana ia sebagai benda mati yang tidak punya rasa hidup. Walaupun teknologi ini mampu memproses teks, tetapi untuk memproses rasa nilai hidup keagamaan dan kepercayaan sudah pasti memerlukan tahap pemahaman dan tafsiran yang mendalam yang tidak akan mampu dibat oleh benda mati permesinan yang digunakan dalam kecerdasan buatan.
4. Had pangkalan data: Beberapa versi Al-Quran yang model kecerdasan buatan yang telah dibuat mungkin tidak lengkap atau ayat-ayatnya mungkin bercampur kerana keserupaannya.
Kesimpulannya, harus dikatakan bahawa dalam keadaan ini, adalah lebih baik merujuk kepada teks Al-Quran yang tepat atau sumber yang boleh dipercayai, dan jika kita memerlukan ayat yang tepat atau tafsiran yang betul, kita harus merujuk kepada Al-Quran itu sendiri atau laman web tafsir dan kitab tafsiran khusus.
4272082