IQNA

Kecemerlangan Para Hafizah Wilayah Makam Husaini dalam Musabaqah al-Quran Wanita Iraq

6:37 - November 17, 2025
Berita ID: 3107299
IQNA - Para hafizah al-Quran dari Dar al-Quran Milik Wilayah Makam Husainiyyah berjaya meraih pingat kecermerlangan dalam pertandingan Musabaqah al-Quran Peringkat Kebangsaan Wanita Iraq edisi ketujuh.

Laporan IQNA dari Iraq; Wisam Nadhir al-Dulfi «وسام نذیر الدلفی», Ketua Pusat Media al-Quran Wilayah Makam Husainiyyah, menyatakan bahawa pertandingan ini diadakan dengan penyertaan meluas para hafizah dari 10 wilayah Iraq, termasuk Basra, Ziqar, Diwaniyah, Babil, Baghdad, Najaf, Karbala, Salahuddin dan Wasit. Beliau menegaskan bahawa penyertaan para hafizah dari Dar al-Quran Wilayah Makam Husainiyyah—dari segi jumlah dan kualiti teknikal—sangat menonjol.

Beliau menambah bahawa majlis penganugerahan para pemenang diadakan di perkarangan Wilayah Makam Askariyyain dalam suasana penuh spiritual, dan jawatankuasa hakim memuji tahap tinggi para peserta serta usaha besar yang dicurahkan bagi penganjuran acara ini.

Al-Dulfi menjelaskan bahawa pada penutup pertandingan, para pemenang diumumkan dalam dua kategori—hafazan dan tilawah. Dalam kategori hafazan, Doa Maitham Abd Zaid «دعاء میثم عبد زید» dari cawangan Babil meraih tempat pertama, diikuti Mi'ad Saeed Khamis «میعاد سعید خمیس» dari kawasan Sadiq cawangan Basra di tempat kedua, dan Zainab Hanun Khalaf «زینب حنون خلف» dari cawangan yang sama di tempat ketiga.

Beliau menambah bahawa dalam kategori tilawah pula, Sattar Jabbar «ستار جبار» dari kawasan Sadiq Basra meraih tempat kedua, manakala Ma'sumah Abbas Hatihit «معصومه عباس حطیحط» dari kawasan yang sama mendapat tempat ketiga.

Untuk makluman, Musabaqah al-Quran Wanita edisi ketujuh ini dianjurkan oleh Pusat Kebangsaan Sains al-Quran Iraq pada hari Khamis dan Jumaat di Wilayah makam Askariyyain di Samarra, dengan slogan “Wakil Iraq; Kebanggaan untuk Semua”.

Tujuan pertandingan ini ialah memilih peserta terbaik untuk mewakili Iraq dalam musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa. Mereka yang terpilih dalam pusingan awal Musabaqah al-Quran Wanita edisi ketujuh ini berentap sesama sendiri dalam peringkat nasional.

Pertandingan ini diadakan di bawah pengawasan Haidar Hassan al-Shamari, Ketua Pentadbiran Waqaf Syiah Iraq, dengan penyertaan sejumlah hafizah dan qariyah dari institusi serta pusat al-Quran wanita yang bernaung di bawah pentadbiran makam-makam suci Iraq dan tempat-tempat suci agama lain.

4317183

captcha