IQNA

Pemimpin Tertinggi Iran dalam Khutbah Solat Aidilfitri:

Zionis Perlu Dihapuskan dari Palestin dan Serantau

14:06 - March 31, 2025
Berita ID: 3106182
IQNA - Pemimpin Tertinggi Iran dalam khutbah kedua solat Aidilfitri menyifatkan rejim Zionis sebagai kuasa angkuh penjajah di rantau ini dan menegaskan: "Kumpulan penjenayah dan keji ini mesti dihapuskan dari Palestin dan rantau ini. Dengan izin dan kuasa Allah, perkara ini akan berlaku, dan usaha ke arah ini adalah tanggungjawab agama, moral, dan kemanusiaan bagi semua manusia."

 

Laporan IQNA: Merujuk kepada laman web rasmi Pejabat Pemimpin Tertinggi, solat Aidilfitri pagi ini, Isnin 31 Mac, telah diadakan dengan penuh keagungannya yang mengagumkan serta dengan kehadiran rakyat yang beriman dan bermaruah di seluruh negara Republik Islam Iran.

Di ibu kota, Jumhuriah Islam Iran, Tehran lautan manusia dengan hati penuh harapan terhadap rahmat dan pertolongan Tuhan telah mendirikan solat Aidilfitri yang diimamkan oleh Ayatullah Khamenei, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, di Masjid Besar Tehran serta jalan-jalan sekitarnya.

Dalam khutbah pertama solat, Ayatullah Khamenei mengucapkan tahniah kepada rakyat Iran dan umat Islam atas kedatangan Aidilfitri, serta menyampaikan ucapan selamat tahun baru tarikh 12 Farvardin (hari pengisytiharan Republik Islam sebagai sistem pilihan rakyat negara). Beliau menyifatkan Ramadan tahun ini sebagai bulan pertumbuhan rohani, usaha politik, dan gerakan keimanan rakyat.

Beliau menyebut Ramadan sebagai salah satu nikmat terbesar daripada Allah, satu fenomena tauhid dan peluang Ilahi untuk mencapai ketakwaan, mendekatkan diri kepada Tuhan, penyucian jiwa dan kehidupan rohani yang diperbaharui. Beliau menambah bahawa puasa, keakraban dengan al-Quran, malam-malam Lailatulqadar, serta doa dan munajat merupakan peluang berharga yang membentuk insan.

Pemimpin Revolusi turut memuji peningkatan minat terhadap al-Quran, penyebaran amalan sedekah serta majlis berbuka puasa di masjid dan pusat agama, serta kehadiran bersemangat masyarakat termasuk golongan muda dalam majlis doa dan munajat. Beliau menekankan bahawa semua orang harus berusaha mengekalkan pencapaian rohani mereka sepanjang tahun sehingga Ramadan seterusnya.

Beliau juga memuji perarakan Hari al-Quds yang berlangsung penuh semangat pada Jumaat terakhir bulan Ramadan, menyatakan bahawa gerakan besar rakyat Iran menyampaikan pelbagai mesej kepada dunia.

Dalam khutbah kedua, Ayatullah Khamenei menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhan kanak-kanak oleh rejim Zionis di Gaza dan Lubnan telah mengakibatkan penderitaan umat Islam pada bulan Ramadan. Beliau menekankan bahawa jenayah ini berlaku kerana sokongan berterusan Amerika terhadap kumpulan penjenayah yang merampas Palestin.

Beliau menegaskan bahawa rejim Zionis adalah tentera upahan penjajah di rantau ini, sambil menambah: "Pihak Barat sering menuduh rakyat berani dan pemuda gagah rantau ini sebagai tentera upahan, tetapi amat jelas bahawa satu-satunya kuasa proksi di rantau ini adalah rejim korup yang terus mencetuskan peperangan, pembunuhan beramai-ramai, dan pencerobohan demi kepentingan negara-negara yang menjajah rantau ini selepas Perang Dunia."

Pemimpin Revolusi juga mengkritik sikap hipokrit negara penjajah yang menguasai dunia melalui kekayaan dan media, menyatakan bahawa mereka yang melabel perjuangan rakyat untuk hak dan tanah air mereka sebagai keganasan, sama ada berdiam diri terhadap jenayah terang-terangan Zionis atau malah menyokongnya.

Beliau menyebut tentang pembunuhan pemimpin Palestin dan Lubnan seperti Abu Jihad, Fathi Shaqaqi, Sheikh Ahmad Yassin, dan Imad Mughniyeh oleh rejim Zionis, serta pembunuhan saintis Iraq dalam operasi rahsia rejim ini. Beliau menekankan bahawa Amerika dan beberapa negara Barat menyokong secara terbuka tindakan keganasan ini, sementara selebihnya dunia hanya menjadi penonton."

Ayatullah Khamenei mengecam sikap tidak peduli pihak yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia terhadap pembunuhan kira-kira 20,000 kanak-kanak Palestin dalam tempoh kurang dua tahun. Namun, beliau menegaskan bahawa rakyat dunia, termasuk di Eropah dan Amerika, tetap turun ke jalanan untuk membantah Zionis dan Amerika apabila mendapat maklumat mengenai jenayah ini. Beliau percaya bahawa jika lebih banyak pendedahan dibuat, pastinya gelombang bantahan akan semakin meluas.

Beliau merumuskan bahawa rejim Zionis yang keji dan jahat ini mesti dihapuskan dari Palestin dan rantau ini, dan dengan izin serta kuasa Allah, perkara ini pasti akan berlaku. Usaha ke arah ini adalah tanggungjawab agama, moral, dan kemanusiaan bagi seluruh umat manusia.

Pemimpin Revolusi juga menegaskan pendirian tetap Republik Islam mengenai rantau ini, sambil menyatakan bahawa permusuhan Amerika dan rejim Zionis terhadap Iran masih berterusan seperti sebelumnya.

Di akhir khutbah, Ayatullah Khamenei menyentuh dua perkara penting mengenai ancaman Amerika baru-baru ini. Pertama, jika ada sebarang tindakan jahat dari luar -walaupun kemungkinannya rendah- pasti akan ada tindak balas yang keras. Kedua, jika musuh cuba mencetuskan fitnah di dalam negara seperti yang pernah berlaku sebelum ini, rakyat akan memberi respons yang tegas kepada mereka, sebagaimana yang telah dilakukan pada masa lalu".

captcha