Dalam tiga tahun terakhir kita menyaksikan berita pembakaran al-Quran oleh oknum yang mencoba membangkitkan isu permusuhan dengan kitab suci umat Islam ini, ada beberapa orang pelakunya tetapi yang paling menonjol dalam tahun 2023 dan 2024 iaitu oknum yang bernama Selvan Momika, yang berakhir kehidupannya dengan jasadnya dibakar, kerana tidak ada keluarga atau saudara-mara yang bersedia mengurus jenazahnya setelah dikenai tembakan yang menghantarnya kepada kematian nahas yang ditunggu dan dilaknat oleh hampir dua biliun umat Islam dan umat lain yang berpikiran solideriti antara sesama manusia yang berperadaban kemanusiaan dan keagamaan dengan ia mencuba membakar mushaf al-Quran, kitab suci Agama Islam. Itulah akibat buruk bagi dia yang mempelopori tindakkan yang batil berakhir riwayat hidupnya dengan buruk / "suul khaatimah" «سوء الخاتمة».
Sebaliknya bagi mereka yang menghormati al-Quran, mencuba membacanya, mengindahkan tilawahnya, merenungi kandungannya, berusaha menghafalnya dan mengamalkannya seperti yang dibuat oleh Qari tersyohor Jumhuriyah Islamiyah Iran Hamid Syakirnejad «حامد شاکرنژاد», Allah SWT memberkati kehidupannya dengan kehidupan yang baik sejak di dunia ini, kita boleh saksikan dan perbandingkan dua syakhsiah yang hidup dalam satu zaman kita dalam sekitar 3 tahun terakhir ini, kita perbandingkan kehidupan orang yang fikiran, perbicaraan dan tindakannya sebagai mendedahkan kekufurannya terhadap al-Quran dengan menodai kehormatan al-Quran bertindak membakarnya dan ingin memusnahkannya, malahan pelaku penodaan itu yang musnah dan berakhir kehidupannya dengan keadaan yang buruk.
Peristiwa dua sakhsiah yang secara fizik boleh dilihat ada berhubungan dengan al-Quran; tetapi dalam corak yang saling bertentangan dan juga mengalami kesan yang saling bertentangan; ini adalah pelajaran penting bagi masyarakat manusia di era ini. Hal yang sama telah dibentangkan oleh al-Quran sendiri;
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan". (Qs, Al-Nahl 16:97).
Sebaliknya nasib orang-orang yang menghindar dari mengingat Allah SWT dan malah mecerobohi kehormatan kitab suci al-QuranNya dengan mencuba membakarnya. Al-Quran menjelaskan nasib buruk orang tersebut;
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Qs,Taha 20:124).
*Siri kajian Sekhah Ali; "Pelopor Haq dan Batil"; Dua Akibat yang saling bertentangan antara hormat dan menodai Al-Quran.