Laporan IQNA, memetik laman web maklumat Makam suci Imam Hussein; Jabatan Muzium Imam Hussein (AS) yang bergabung dengan Makam sucinya meraikan Hari Muzium Antarabangsa dan ulang tahun ke-15 penubuhan pusat ini dengan mengadakan upacara khas.
Majlis tersebut diadakan dengan dihadiri oleh Hassan Rashid Al-Obaiji «حسن رشید العبایجی», Setiausaha Agung Makam Imam Hussein (AS), bersama beberapa tokoh agama dan budaya serta rombongan pengunjung.
Al-Obaiji berkata pada majlis itu: "Hari ini kita menyaksikan dua peristiwa yang sangat penting: pertama, sambutan Hari Muzium Antarabangsa, dan kedua, ulang tahun ke-15 penubuhan Pentadbiran Muzium Wilayah Huseini."
Beliau menambah: "Kepentingan muzium terletak pada menghubungkan masa lalu dan masa kini, kerana ia adalah sebahagian daripada sejarah negara dan sejarah pemimpinnya. Oleh itu, Sekretariat Agung Makam Suci Imam Hussein amat menitikberatkan isu muzium, kerana muzium merupakan medium nyata yang mempengaruhi jiwa, perasaan, dan emosi pengunjung".
Beliau menambah: Muzium makam Suci Huseini adalah salah satu muzium Islam yang terkenal dan mengandungi artifak kuno dan berharga yang berkaitan dengan peristiwa abadi Karbala dan warisan Husseini yang sahih ini, yang mewakili kepahlawanan, dan pengorbanan seyyedu syuhada, Abu Abdullah Al-Husein (AS) dan para sahabatnya 1400 tahun yang lalu. Oleh itu, kami sentiasa menyokong projek kebudayaan yang mewakili identiti budaya negara, masyarakat, dan seluruh umat Islam".
Beliau menjelaskan bahawa makaml Imam Hussein (AS) sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah muzium yang besar dan berkualiti tinggi di halaman Hazrat Zainab (AS), yang akan mempunyai aspek antarabangsa dan teknologi canggih. Muzium ini akan memaparkan barangan berharga, manuskrip, barang antik, dan artifak yang melambangkan peristiwa abadi Karbala, serta serangan yang telah disaksikan oleh tapak suci ini daripada musuh-musuhnya. Insya-Allah muzium ini akan mula beroperasi dan akan menjadi karya agung seni di Iraq dan dunia Islam".
Beliau meneruskan: "Aktiviti-aktiviti ini menunjukkan komitmen taulia Makam Imam Husein (AS) untuk mengubah Muzium Imam Husein (AS) menjadi platform hidup untuk komunikasi budaya dan intelektual, menceritakan kisah pengorbanan dan keselamatan untuk generasi, dan menjelaskan makna gerakan abadi Huseini untuk umat manusia, supaya Karbala kekal sebagai cahaya panduan sepanjang sejarah dan ingatan."
Muzium Imam Husein (AS) mengandungi artifak, barang antik, dan koleksi yang jarang dan berharga yang wujud sejak ratusan tahun lalu dan disumbangkan oleh sultan dan raja, sebahagian daripadanya disimpan dalam perbendaharaan Imam Husein (AS).
Muzium ini diasaskan pada 2009 dan menggaji pakar dalam barang antik, seni visual dan sejarah Arab. Mereka menyusun senarai khazanah barangan antik dan hadiah yang disumbangkan kepada Muzium Imam Husein (AS) oleh raja, sultan, putera raja, dan pelawat Arab dan Muslim.
4283360