IQNA

Mesej Ayatollah Sistani mengutuk keras serangan ceroboh rejim Zionis ke atas Iran

15:02 - June 14, 2025
Berita ID: 3106548
IQNA - Pejabat Ayatollah al-Udzma Sistani «آیت‌الله العظمی سیستانی مرجع عالیقدر تشیع», Ulama marjak Syiah di Iraq, dalam satu kenyataan telah mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan rejim Zionis Israel ke atas Iran dan pembunuhan sekumpulan saintis, komander tentera, serta orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Laporan IQNA; Kenyataan Rasmi Pejabat Ayatollah al-Udzma Sistani Ulama Marja’ Tertinggi Syiah di Iraq, mengeluarkan kenyataan berikut berhubung tindakan ceroboh dan kejam rejim Zionis yang menyerang wilayah Republik Islam Iran:

Teks kenyataan Ayatollah Sistani adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحیم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Jenayah kejam yang telah dilakukan oleh rejim Zionis penjajah pada awal pagi Jumaat, yang mengakibatkan kesyahidan sekumpulan saintis dan pegawai kanan ketenteraan serta orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, serta serangan ke atas beberapa institusi dan pusat ilmiah di Iran, sekali lagi membuktikan sifat sebenar rejim ini yang agresif dan penuh ancaman bahaya.

Kami memohon keampunan dan rahmat Ilahi serta kedudukan yang tinggi di sisi-Nya buat para syuhada yang mulia. Kami turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga yang kehilangan insan tersayang serta memohon kesembuhan segera bagi mereka yang tercedera atau terjejas akibat insiden ini.

Dengan ini, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah tersebut dan menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah tegas dengan memberi tekanan kepada rejim penceroboh dan para penyokongnya supaya menghentikan segera sebarang bentuk pencerobohan dan kekejaman yang serupa.

Kami memohon kepada Allah SWT agar terus menganugerahkan kemuliaan, kekuatan dan kejayaan yang berterusan kepada rakyat Iran yang mulia.

ولا حول ولا قوة الا بالله العلی العظیم
"Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

4288357

captcha