IQNA

Majlis Muslim Amerika Menyeru:

Trump Jangan Terima Permintaan Netanyahu Sertai Perang atas Iran

17:32 - June 15, 2025
Berita ID: 3106564
IQNA - Gabungan terbesar pertubuhan-pertubuhan Muslim di Amerika Syarikat menyeru agar Donald Trump tidak menyertai perang Israel atas Iran.

Laporan IQNA, memetik The Guardian; Majlis Pertubuhan Muslim Amerika Syarikat (US Council of Muslim Organizations – USCMO), gabungan terbesar kumpulan-kumpulan Muslim di negara itu, telah menyeru Presiden Donald Trump supaya menolak permintaan Benjamin Netanyahu untuk meningkatkan penglibatan Amerika dalam konflik ketenteraan dengan Iran.

Dalam satu kenyataan rasmi yang baru-baru ini dikeluarkan, majlis tersebut berkata:
“Kami menyeru Presiden Trump untuk menuntut agar serangan terhadap rakyat awam Iran yang dilakukan oleh Israel – menggunakan bom buatan Amerika, jet pejuang Amerika, dan dana daripada pembayar cukai Amerika – dihentikan serta-merta.”

Gabungan itu menambah:
“Mari kita bersikap jujur. Apa yang kita saksikan hari ini adalah pengulangan pembohongan yang membawa kepada perang Iraq. Seperti mana Iraq tidak mempunyai senjata pemusnah besar-besaran, Iran juga tidak memiliki senjata nuklear, tidak sedang membinanya, dan malah bersedia di meja rundingan untuk menghadkan pengayaan uraniumnya kepada tahap yang hanya sesuai untuk kegunaan awam.”

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) juga mengeluarkan kenyataan:
“Kerajaan kita, bukannya memilih rundingan dan mencegah satu lagi peperangan yang tidak perlu, malah telah membolehkan jenayah perang terbaru Netanyahu berlaku.”

4288717

captcha