IQNA

Pemimpin Syiah Bahrain:

Sikap Iran terhadap Israel adalah seperti Baginda Rasulullah dan satu kebanggaan

11:59 - June 18, 2025
Berita ID: 3106569
IQNA - Ayatullah Issa Qassim《آیت‌الله عیسی قاسم》sebagai tindak balas ke atas respons Iran terhadap pencerobohan rejim Zionis Israel, menyatakan bahawa sikap Republik Islam Iran adalah berani dan seumpama baginda Nabi Muhammad (SAW); bukan sahaja tidak menghakis maruahnya malah melangkah dengan penuh keyakinan kepada pertolongan Ilahi dan tidak gentar terhadap sebarang cacian pencaci kerana ia buat demi Allah.

Apakah sikap yang sepatutnya diambil oleh negara-negara dunia Islam? 

 

Sesiapa yang tidak mengecam pencerobohan kejam ini terhadap Republik Islam, yang merupakan tonggak asas umat kemanusiaan dan dunia Islam, yang menyasarkan dan menyerangnya adalah sebagai serangan terbesar terhadap umat, agama, dan maruah umat Islam, serta menyasarkan perpaduan umat manusia dan orang-orang yang tertindas di mana-mana di bumi, diamnya adalah menyokong kepalsuan dan sama dengan mengisytiharkan sokongan terhadap pencerobohan ini.

 

Tambahan pula, kecaman secara lisan sahaja oleh mana-mana negara-negara yang sebenarnya ia mampu menyokong kebenaran yang jelas dalam pertempuran ini di pihak Republik Islam tetapi ia tidak melakukannya, tidak dapat diterima oleh kefahaman Islam, hati nurani kemanusiaan, atau pendapat umum rakyat.

 

Apakah kedudukan umat Islam?

 

Orang-orang beriman dalam umat ini tidak seharusnya berdiam diri atau mengabaikan sebarang usaha yang mampu mereka lakukan untuk mempertahankan pendirian yang benar bagi Republik Islam dalam mempertahankan kewujudannya dan rakyatnya, serta menyumbang kepada kekalahan besar untuk ditimpakan kepada para penceroboh.

 

Apakah pendirian organisasi-organisasi antarabangsa?

 

Pendirian organisasi-organisasi antarabangsa adalah sudah tentu salah menyokong pencerobohan, terlibat dan menggalakkan jenayah ini, serta mencerminkan kemerosotan tamadun yang sangat dahsyat dan pakatan sengaja dalam konspirasi untuk menghancurkan semua nilai, termasuk keselamatan dan asas-asas kemanusiaan.

 

Republik Islam yang diberkati sedang berada di jalan kemuliaan, kehormatan dan kemenangan yang pasti — dengan izin Allah — dan dalam menghadapi untuk mengalahkan kezaliman dan kerosakan di bumi ini di bawah pimpinan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam — semoga Allah memanjangkan umur mulianya dan menjadikannya sumber tetap kemuliaan, kemenangan, perpaduan dan penyatuan umat dan rakyat Iran Islami serta sandaran bagi setiap orang yang tertindas di muka bumi ini.

 

Semoga Allah mengampuni dan menerima para syuhada dalam pertempuran ini, para pejuang Republik Islam yang diberkati, dan rakyat mukmin yang dikasihi. Semoga Allah mengangkat darjat mereka dan menempatkan mereka bersama para nabi dan imam yang soleh.

Isa Ahmad Qassim

19 Zulhijjah 1446 H

15 Jun 2025M 

 

captcha