Mubahalah dianggap sebagai salah satu peristiwa terpenting dalam sejarah pengutusan Nabi Muhammad (SAW). Atas sebab ini, Al-Quran menurunkan ayat khusus untuknya, yang akan menjadi dokumen dan kesaksian hingga hari kiamat tentang kebenaran agama Islam yang nyata, mazhab Ahlulbait (AS), status dan keutamaan lima orang, khususnya Hazrat Ali (a.s.), sebagai roh dan jiwa Nabi (SAW)/anfusana/nafas/diri Nabi (SAW).
HujjatulIslam Wal-Muslimin Seyyed Muhammad Reza Hashemi Tehrani 《حجتالاسلام والمسلمین سیدمحمدرضا هاشمی تهرانی》, pengarah Sekolah Menengah Anwar Al-Hikmah 《 مدرسه عالی انوارالحکمه》, bercakap kepada IQNA mengenai hari penting ini, yang akan kita baca dan lihat di bawah:
Mubahalah adalah salah satu bukti yang menentukan keabsahan Islam untuk pikiran umam manusia; satu kejadian yang berlaku antara orang Kristian Najran dan Nabi (SAW); Saya akan mempertimbangkan kejadian Mubahalah dari perspektif kejadian alamiyahnya:
Jika seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk memberi perhatian kepada realiti, mereka tidak boleh menuntutnya, dan jika mereka menuntutnya, ia akan ditolak; Mubahalah adalah bukti generatif suatu realiti. Iaitu, tuntutan adalah sama dengan bukti; apabila seseorang mendakwa ada kaitan dengan syurga dan Tuhan, mereka mesti membuktikan dakwaan ini. Dan Mubahalah adalah bukti tuntutan hubungan kepada Tuhan yang maha kuasa. Dalam amalan biasa kita, ini juga berlaku, bermakna jika seseorang mengatakan bahawa saya mempunyai akses kepada maklumat dan boleh berkomunikasi dengan orang itu tentu kita segera menuntut pengesahan daripada orang itu; apabila dalam tradisi agama, tuntutan hubungan dengan Tuhan dan syurga dibangkitkan, itu juga perlu peristiwa untuk membuktikannya, bermakna dalam Mubahalah Nabi Islam bersama Kristian Najran, kita mencapai bukti tuntutan itu.
Mubahalah adalah tradisi keagamaan yang tidak eksklusif untuk Nabi (SAW) dan Ahlulbait (AS) sahaja, dan ia juga lazim di kalangan para sahabat Ahlulbait (AS), dan para Imam (AS) akan meminta sahabat mereka untuk pergi dan melakukan Mubahalah, dan ini menunjukkan bahawa ajaran dan ilmu agama mempunyai ontologi yang kukuh dan kuat dan asas evolusionernya sendiri, jika tidak, maka sudah tentu akan mencari konflik dengan orang lain (yang menolaknya).
Jenis mubahalah dan kutukan ini, yang berakhir dengan kos nyawa dan penafian identiti, memerlukan kuasa berat dan besar; dalam peristiwa mubahalah, ketika Nabi (SAW) menerima wahyu ayat mubahalah yang Allah SWT firmakan*, yang bermaksud: "Jika manusia membantah kamu sesudah datang ilmu kepada kamu, maka katakanlah: "Marilah, kami mengundang anak-anak lelaki kami, dan kamu mengundang anak-anak lelaki kamu, dan kami mengundang wanita-wanita kami, dan kamu mengundang wanita-wanita kamu, dan kami mengundang diri-diri kami, dan kamu mengundang diri-diri kamu, kemudian marilah kita mengadakan perjanjian dengan Allah, dan memohon laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta" - terjemahan ayat Mubahalah.
Orang Kristian sendiri sedang menunggu untuk melihat dengan siapa Nabi Islam (SAW) akan muncul di medan Mubahala, kerana jika seseorang telah membuat tuntutan palsu, dia akan berusaha sekuat tenaga untuk keluar dari tuntutan ini dan sekurang-kurangnya memberikan payung perlindungan untuk kerabatnya.
Tetapi mubahala adalah bukti emas keabsahan Islam dan Syiah Ahlulbait Nabi (SAW) Apabila mereka melihat bahawa Nabi (SAW) telah membawa menantu, anak perempuan, dan cucu-cucu lelakinya, mereka mencapai kesimpulan yang logik bahawa Nabi (SAW) adalah benar, kerana jika dia tidak benar, dia tidak akan mengundang orang-orang yang paling dekat di sekelilingnya ke lembah kebinasaan; maka Mubahalah adalah bukti emas keabsahan Islam dan Syiah.
Apabila Nabi (SAW) mengorbankan nyawanya untuk Amirul Mukminin Ali (a.s), terbukti dalam sejarah umat manusia sehingga hari kiamat bahawa kesahihan agama dan mazhab ini bukanlah sesuatu yang harus ditolakansur (toleransi bukan pada tempat) oleh manusia; Nabi (SAW) mengambil langkah untuk membuktikan kesahihan agama dengan mengorbankan nyawa orang-orang yang dikasihinya, dan perkara yang sama berlaku untuk kita.
Ia adalah satu pengajaran kepada semua umat Islam bahawa seseorang itu mesti bersemangat dan fanatik terhadap identiti agama mereka sendiri dan memberikan identiti eksistensi; bahawa dalam sejarah kontemporari kita sendiri, terutamanya semasa peperangan, kita telah menyaksikan dengan jelas keutamaan ajaran agama berbanding identiti individu, dan kita telah melihat orang-orang tersayang di negara ini mengorbankan nyawa mereka untuk memelihara nilai-nilai agama.
Dan buah dari kerja ini ialah peningkatan kalimah tauhid dan peningkatan kalimah Allah. Firman Tuhan adalah yang tertinggi; semua keturunan nabi dan wali yang mulia mempunyai satu matlamat iaitu meninggikan kalimah tauhid supaya kita menjadi ahli tauhid dan tauhid ini adalah perkara yang sangat jarang berlaku pada zaman sekarang.
Malangnya, hari ini kita kurang mendengar tentang tauhid dan menjadi tauhid daripada yang kita lakukan tentang mengorbankan nyawa kita untuknya. Mubahalah adalah pemikiran agama yang harus ditumpukan oleh ulama besar dan mubaligh agama dan membawa manusia ke arah tauhid kerana apabila seseorang itu menjadi tauhid, mereka akan melakukan segala-galanya untuk memelihara tauhid.
Dan dia mengorbankan nyawanya, yang contoh tertinggi adalah Nabi (SAW), yang membawa dirinya dan keluarganya ke dalam arena Mubahalah untuk membuktikan kebenaran tauhid agama.
*Dikenal sebagai Ayat Mubahalah, kerana asbabul nuzulnya berkenaan dengan peristiwa Mubahalah. Al-Quran Surah Aali-Imran; 61:
فَمَنْ حَاجَّكَ فِیهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَكمُ وَ نِسَاءَنَا وَ نِسَاءَكُمْ وَ أَنفُسَنَا وَ أَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلی الْكَذِبِین
4289349