IQNA

Fatwa Ayatollah al-Uzma Makarem Shirazi terhadap Trump dan Netanyahu

13:51 - June 30, 2025
Berita ID: 3106634
IQNA - Ayatollah al-Uzma Naser Makarem Shirazi «آیت‌الله العظمی مکارم شیرازی »; Salah seorang marja' besar Syiah, dalam satu fatwa menegaskan bahawa: Sesiapa atau mana-mana rejim yang mengancam kepimpinan (wilayah) dan marja'iyyah adalah dianggap sebagai muharib (pembangkang bersenjata terhadap Islam).

Laporan IQNA; Ayatollah al-Uzma Makarem Shirazi menyatakan dalam fatwanya bahawa: Sesiapa atau mana-mana rejim yang mengancam kepimpinan dan marja'iyyah demi melemahkan umat Islam dan pemerintahan mereka, maka mereka adalah tergolong dalam golongan muharib/pengisytihar perang dengan Islam.

Teks penuh mesej beliau adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحیم

Sesiapa atau mana-mana rejim yang mengancam atau (na‘udzubillah) menyerang kepimpinan dan marja'iyyah demi melemahkan umat Islam dan pemerintahan mereka, maka mereka adalah dianggap sebagai muharib. Segala bentuk kerjasama atau sokongan terhadap mereka oleh umat Islam atau negara-negara Islam adalah haram.

Adalah menjadi kewajipan umat Islam di seluruh dunia untuk membuatkan musuh-musuh ini menyesal atas ucapan dan tindakan mereka. Sekiranya mereka terpaksa menanggung kesusahan atau kerugian, maka mereka akan memperoleh ganjaran seperti seorang mujahid di jalan Allah, insya-Allah.

Semoga Allah melindungi masyarakat Islam daripada kejahatan musuh-musuh dan mempercepatkan kemunculan Imam Mahdi (aj).

Semoga kalian sentiasa berjaya.

4291607

captcha