IQNA

3,000 Pusat Musim Panas al-Quran Beroperasi di Jordan

15:15 - July 01, 2025
Berita ID: 3106642
IQNA - Menteri Wakaf, Hal Ehwal dan Kesucian Islam Jordan mengumumkan bahawa sebanyak 3,000 pusat musim panas al-Quran untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah mula beroperasi di seluruh negara.

Laporan IQNA; memetik agensi berita Khaberni «خبرنی»; Muhammad Al-Khalayleh «محمد الخلایله», Menteri Wakaf Jordan, menyatakan bahawa pusat-pusat ini telah memulakan aktiviti mereka dengan slogan:

"Bersatu tangan melindungi generasi akan datang daripada dadah".

Program ini juga bertepatan dengan cuti musim panas pelajar sekolah di Jordan.

Dalam satu sidang media, Al-Khalayleh menjelaskan bahawa tujuan utama penubuhan pusat-pusat musim panas ini ialah untuk mendidik generasi muda agar menghayati akhlak al-Quran dalam tutur kata dan tingkah laku mereka, serta melindungi mereka daripada bahaya dan kesan buruk penyalahgunaan dadah.

Beliau menambah bahawa pusat-pusat ini berfungsi sebagai ruang selamat untuk mendekatkan golongan muda kepada al-Quran, serta memainkan peranan penting dalam menyebarkan akhlak mulia dan menumbuhkan sifat takwa dalam diri mereka.

Jadual pengoperasian pusat-pusat tersebut ditetapkan seperti berikut:

  • Pelajar lelaki: hari Ahad, Selasa dan Khamis

  • Pelajar perempuan: hari Sabtu, Isnin dan Rabu

Kelas-kelas musim panas ini dijalankan di dewan masjid «صحن مساجد » dan Dar al-Quran «دارالقرآن‌» yang tersedia di pelbagai kawasan.

Menteri Wakaf Jordan turut menyeru para ibu bapa agar mendaftarkan anak-anak mereka dalam program ini, sebagai peluang untuk mempelajari, menghafal dan membaca al-Quran dalam suasana bimbingan yang sesuai.

Menurut kenyataan rasmi, senarai pusat-pusat musim panas al-Quran yang disahkan di semua wilayah, serta nama-nama penyelia pengajaran al-Quran, telah diumumkan oleh Kementerian Wakaf di laman sesawang rasmi mereka:
https://www.awqaf.gov.jo
dan juga di halaman rasmi media sosial kementerian tersebut.

4291927

tanda nama: program Al-Quran
captcha