IQNA

Perasmian Pusat Islam Terbesar di Sweden

9:36 - July 03, 2025
Berita ID: 3106650
IQNA - Pusat Islam terbesar di bandar Helsingborg, Sweden, telah dirasmikan pada awal minggu ini, dengan kapasiti menampung kira-kira 3,500 jemaah dan keluasan lebih daripada 10,000 meter persegi. Projek ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan menelan kos sekitar 68 juta krona Sweden.

Llaporan IQNA, memetik portal Alkompis «الکامپیس»; Kos pembinaan pusat ini telah dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan individu dan syarikat dari dalam Sweden.

Walid Al-Hams «ولید الهمص», pengarah projek, menyatakan bahawa solat Jumaat pertama diadakan di masjid baharu ini sebelum perasmian rasmi, dengan kehadiran sekitar 1,170 orang jemaah.

Mahmoud Kawoush «محمود کاوش», pengarah pusat ini, dalam satu temu bual berkata bahawa umat Islam di Sweden memerlukan institusi keagamaan yang diiktiraf secara sah dan demokratik, bukan sekadar solat di ruang bawah tanah yang sempit dan tidak sesuai. Beliau menambah bahawa pertambahan jumlah umat Islam serta kepelbagaian aktiviti mereka menuntut keperluan kepada ruang yang lebih besar dan formal.

Menurut beliau, antara sebab utama penubuhan projek ini adalah kerana lesen pusat Islam lama telah tamat tempoh, dan ia sudah tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Majlis perasmian rasmi telah diadakan pada hari Sabtu dengan kehadiran Datuk Bandar Helsingborg dan timbalannya, beberapa ahli Parlimen Sweden, serta penduduk dari pelbagai bandar. Pelbagai aktiviti dan sesi turut diadakan sempena majlis tersebut.

4292023

captcha