IQNA

Penyertaan Briged al-Abbas dalam Menyediakan Keselamatan Upacara 'Asyura Imam Husain (a.s)

18:23 - July 04, 2025
Berita ID: 3106655
IQNA - Komander Briged Tempur al-Abbas, Maysam al-Zaydi, mengumumkan bahawa seribu anggota briged ini bersama para sukarelawan akan mengambil bahagian dalam misi menjaga keselamatan sempena upacara 'Asyura Imam Husain (a.s).

Laporan IQNA, memetik agensi berita al-Furat «الفرات», al-Zaydi «الزیدی»; Dalam satu kenyataan berkata bahawa penyertaan Briged al-Abbas dilakukan berdasarkan tugasan rasmi daripada Komando Operasi Karbala al-Muqaddasah, selepas beberapa siri mesyuarat yang diadakan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri dan Ketua Staf Angkatan Tentera Iraq.

Briged Tempur al-Abbas, sejak ditubuhkan 11 tahun yang lalu, sentiasa mengambil peranan aktif dalam kejayaan penganjuran majlis 'Asyura dan Arba'in Imam Husain (a.s) melalui anggotanya dan para sukarelawan. Briged ini juga membantu pihak berkuasa di sempadan dan tempat-tempat suci dalam memberikan khidmat kepada para penziarah.

4292441

captcha