Laporan agensi berita SANA «سانا»; Majlis Fatwa Tertinggi Syria dalam satu fatwa rasmi yang dikeluarkan pada hari Jumaat, memberi respon terhadap peristiwa tragis dan berdarah yang berlaku baru-baru ini di wilayah Sweida «سویداء». Fatwa tersebut merangkumi beberapa hukum syarak yang menekankan haramnya pertumpahan darah, keperluan menjaga perpaduan sosial, menjauhi fitnah serta larangan meminta bantuan daripada musuh.
Majlis Fatwa menyatakan: “Antara prinsip yang tidak boleh dipertikaikan dalam agama Islam ialah haramnya pengkhianatan dan kerjasama dengan musuh Zionis yang kejam. Keharaman ini menjadi lebih berat dalam bulan-bulan haram (bulan-bulan suci).” Dalam hal ini, mereka merujuk kepada ayat suci berikut:
وَ قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقاتِلُونَكُمْ وَ لا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Qs, al-Baqarah; 190)
Majlis itu menegaskan bahawa permusuhan terhadap rejim Israel adalah sesuatu yang tetap dan tidak boleh diragui.
Majlis Fatwa juga menambah bahawa membunuh kanak-kanak dan wanita, menyerang orang awam dan golongan lemah serta mengusir mereka dari tempat tinggal mereka — tanpa mengira agama atau bangsa — adalah haram menurut syarak.
Majlis tersebut menekankan keperluan untuk membezakan antara mereka yang bergantung kepada musuh dengan anak-anak watan Syria yang sebenar, serta menegaskan bahawa menyerang mana-mana warganegara Syria dari mana-mana mazhab atau wilayah adalah dilarang secara syarie.
Perkara ini berpandukan kepada ayat suci:
وَ لا تَزِرُ وازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرى
“Dan seseorang tidak akan memikul dosa orang lain.” (Qs, al-Isra’:15).
Majlis agama ini juga menyatakan bahawa perlu adanya perbezaan yang jelas antara mereka yang bersekongkol dengan musuh dan rakyat Syria yang menjadi rakan sebangsa dalam masyarakat.
Majlis Fatwa Syria turut menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melindungi semua rakyat tanpa diskriminasi, menjaga keselamatan, menghindari fitnah, membantu mereka yang tercedera serta menangkap pihak penyerang.
4295041