IQNA

Ayatollah Kaabi:

Kafilah Arba'in adalah Penyampai Mesej Jihad dan Syahid kepada Dunia

15:06 - July 19, 2025
Berita ID: 3106736
IQNA - Qom: Anggota Majlis Pengajar Hauzah Ilmiyyah Qom, Ayatollah Abbas Kaabi «آیت‌الله عباس کعبی», merujuk kepada situasi khas di rantau ini dan berterusanannya pencerobohan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang tertindas, menyatakan bahawa Arba'in tahun ini mempunyai semangat jihad dan kesyahidan yang sangat kuat. Beliau menekankan bahawa misi utama kafilah rakyat sempena Arba'in adalah menyampaikan mesej para syuhada dan menyebarkan semangat jihad, pengorbanan serta perjuangan.

Laporan IQNA, dari Qom, Ayatollah Kaabi dalam ucapannya pada hari pertama perhimpunan nasional aktivis rakyat Arba'in yang diadakan pada malam 18 Julai di Kompleks Yavaran Mahdi (aj) di Qom, berkata:
"Peristiwa Karbala mempunyai kaitan yang mendalam dengan kebangkitan Islam dan kekuatan pertahanan Republik Islam Iran."

Beliau menambah bahawa air mata dan ziarah Asyura tidak boleh dipandang remeh, kerana ziarah Arba'in berpotensi untuk membentuk generasi pejuang dan pencinta kesyahidan, dan oleh itu harus dihargai serta dipelihara.

Beliau juga menekankan bahawa kafilah rakyat Arba'in pada hari ini mempunyai tanggungjawab penting untuk menyampaikan mesej jihad dan perjuangan bangsa Iran kepada masyarakat dunia.
Ziarah Arba'in adalah ziarah yang membangkitkan kesedaran dan membangunkan jiwa, sebagaimana Imam Hussain (a.s) dengan pengorbanan darah sucinya telah menyedarkan umat manusia dari tidur kelalaian dan menyeru mereka untuk bangkit di jalan Allah.

Ayatollah Kaabi turut merujuk kepada penyertaan aktif keluarga-keluarga Palestin dalam majlis-majlis Arba'in dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan menyatakan bahawa mereka telah berulang kali menegaskan bahawa segala yang mereka miliki adalah berkat Imam Hussain (a.s), serta percaya bahawa Palestin tidak akan dibebaskan kecuali melalui pegangan kepada budaya Asyura.

Dengan menekankan kembali keadaan khas yang sedang berlaku di rantau ini dan kekejaman berterusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, beliau mengulangi bahawa Arba'in tahun ini membawa warna jihad dan syahadah, dan misi utama kafilah rakyat adalah untuk menjelaskan mesej para syuhada serta menyebarkan semangat jihad, pengorbanan dan perjuangan.

4294923

captcha