Laporan IQNA; Susulan serangan rejim Zionis terhadap Republik Islam Iran dan dalam keadaan di mana musuh-musuh Revolusi Islam berusaha melemahkan semangat rakyat Iran dengan pelbagai konspirasi dan agenda keputusasaan, kempen al-Quran bertajuk "Fath" «فتح» telah dilancarkan oleh IQNA.
Tujuan kempen ini adalah untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam, menyebarkan harapan dan ketenangan dalam masyarakat, serta menyampaikan mesej suci al-Quran di peringkat nasional dan antarabangsa.
Para qari berpengalaman, golongan muda dan aktivis al-Quran yang ingin menyertai kempen ini boleh membacakan ayat-ayat permulaan Surah al-Fath, ayat 139 Surah Aali-‘Imran «سوره مبارکه آلعمران», Surah al-Nasr «النصر» dan sebagainya, serta menghantar rakaman video bacaan mereka ke akaun fathadmin melalui aplikasi sosial seperti Eitaa, Baleh «(ایتا و بله)»dan lain-lain.
Dalam rangka penyertaan ini, Amirta Qahramanpour, seorang qari remaja, telah membaca ayat 30 Surah Fussilat «سوره فصیلت» yang boleh ditonton dalam video berikut:
إِنَّ الَّذِینَ قالُوا رَبُّنَا اللّهُ ثُمَّ اسْتَقامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَیْهِمُ الْمَلائِکَةُ أَلاّ تَخافُوا وَ لاتَحْزَنُوا وَ أَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِی کُنْتُمْ تُوعَدُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh (di jalan yang benar), maka malaikat akan turun kepada mereka (seraya berkata): “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
4296091