IQNA

Moujani Umumkan:

Program al-Quran Arbain 1447H Bermula dengan Majlis Tilawah Razavi

17:59 - July 25, 2025
Berita ID: 3106764
IQNA - Ketua Jawatankuasa Aktiviti al-Quran bagi Komiti Budaya Markas Arbain, Sayyid Muhammad Moujani «سیدمحمد موجانی», mengumumkan bahawa program-program al-Quran sempena Arbain 1447H telah dimulakan dengan penganjuran Majlis Tilawah Razavi «تلاوت رضوی», sebagai memperingati Arbain kesyahidan para panglima Perang yang dipaksakan 12-hari di kota suci Mashhad.

Laporan IQNA; Dalam wawancara bersama IQNA, beliau menyatakan: Majlis Tilawah Razavi akan diadakan serentak dengan Arbain kesyahidan para panglima Perang yang dipaksakan 12-hari, dengan kehadiran para qari antarabangsa dan jemaah ziarah di Haram Imam Ridha (a.s).

Beliau menambah: Majlis ini yang dianggap sebagai permulaan kepada aktiviti-aktiviti budaya Arbain 1447H, akan diadakan dari jam 5 petang hingga 7 malam bertempat di Dewan Imam Khomeini (r.h) di perkarangan Haram Imam Ridha (a.s).

Moujani turut menjelaskan: Bacaan Surah al-Fath, ziarah Aminullah, dan ucapan-ucapan daripada para ilmuwan hauzah dan universiti merupakan antara segmen utama dalam majlis ini.

Ketua Jawatankuasa Aktiviti al-Quran Komiti Budaya Markas Arbain menambah: Majlis ini dianjurkan oleh Dar al-Quran Haram suci Razavi «دارالقرآن حرم مطهر رضوی» dan jawatankuasa aktiviti al-Quran komiti budaya Arbain, dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Quran dan Ma'arif di televisyen nasional Iran.

Beliau turut mengumumkan bahawa: Kafilah al-Quran Arbain tahun ini akan turut serta dalam acara Arbain di Iraq dengan sokongan daripada Pusat Urusan al-Quran haram Quds Razavi, dan membawa nama yang penuh keberkatan iaitu Kafilah al-Quran Imam Ridha (a.s).

Mengenai tarikh keberangkatan kafilah tersebut, Moujani berkata: Program-program al-Quran Arbain di Iraq akan bermula pada 5 Ogos.

4295986

captcha