IQNA

Presiden Kesatuan Qari Mesir Nyatakan:

Penemuan Bakat Baharu dalam Hafazan al-Quran melalui Pertandingan al-Quran Mesir

16:37 - September 02, 2025
Berita ID: 3106951
IQNA - Sheikh Muhammad Hashad 《شیخ محمد حشاد》, Presiden Kesatuan Qari Mesir, menegaskan bahawa pertandingan “Dawlat al-Tilawah” «دولت تلاوت» yang kini berlangsung di Mesir berjaya menemui bakat-bakat baharu dalam bidang hafazan al-Quran.

Laporan IQNA, memetik Bawabat al-Ahram 《بوابة الاهرام》;Sheikh Muhammad Hashad menekankan bahawa perhatian yang diberikan oleh Kementerian Awqaf Mesir terhadap pemilihan Kesatuan Qari menunjukkan komitmen kementerian ini terhadap para qari al-Quran.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi 《عبدالفتاح السیسی》atas sokongan berterusan kepada qari dan huffaz al-Quran. Menurutnya, penghormatan yang diberikan oleh Presiden Mesir kepada para pemenang pertandingan hafazan al-Quran merupakan bukti nyata akan sokongan tersebut.

Sheikh Hashad menjelaskan bahawa pengawasan penuh pihak kehakiman terhadap pemilihan Kesatuan Qari membawa mesej jelas bahawa semua pihak mengiktiraf peranan kesatuan ini dalam menyampaikan nilai dan makna al-Quran kepada generasi muda sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan wacana keagamaan.

Beliau menambah: “Matlamat kami mengadakan pertandingan ‘Dawlat al-Tilawah’ adalah untuk mencari suara-suara yang paling indah dan unggul dalam kalangan huffaz al-Quran di seluruh Mesir.”

Beliau turut menyatakan bahawa bakat-bakat istimewa dalam hafazan dan suara merdu telah ditemui, dan dengan kerjasama Kementerian Awqaf, usaha sedang dilakukan untuk menyokong serta membimbing mereka agar lebih layak.

Sheikh Hashad menegaskan bahawa Kesatuan Qari menyokong serta menghargai semua usaha yang ditujukan untuk khidmat kepada al-Quran. Inisiatif-inisiatif ini menghubungkan kesatuan dan para qari dengan institusi agama secara berterusan agar madrasah tilawah Mesir terus kekal sebagai perintis dalam dunia Islam.

Beliau turut memuji pelaksanaan edisi kedua program “Hari Tilawah al-Quran” di bawah seliaan Jabatan Urusan al-Quran al-Azhar, kerana program ini bukan sekadar berkisar pada tilawah al-Quran, tetapi juga bertujuan memperluas penyebaran nilai-nilai al-Quran.

4302837

captcha