IQNA

Sambutan Maulid al-Nabi SAW di Masjid Imam Husain a.s, Kaherah

15:08 - September 06, 2025
Berita ID: 3106971
IQNA - Sambutan khas sempena Maulid Nabi Muhammad SAW dengan kehadiran meluas para pegawai Mesir serta rakyat negara itu telah diadakan di Masjid Imam Husain a.s, Kaherah.

Laporan IQNA, memetik al-Youm al-Sabi‘ 《الیوم السابع》; Majlis tersebut dihadiri oleh para tokoh agama Mesir, antaranya Nazir Muhammad ‘Iyad, Mufti Mesir; ‘Ali Jum‘ah, ahli Majlis Ulama Tertinggi al-Azhar; serta Muhammad ‘Abd al-Dayim al-Jundi, Setiausaha Agung Majma‘ Penyelidikan Islam al-Azhar. Majlis ini turut mendapat sambutan hangat daripada masyarakat umum.

Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Tarekat Sufi Mesir dan disertai dengan ucapan serta qasidah pujian sempena Maulid Nabi SAW.

Para peserta majlis, kebanyakannya golongan sufi Mesir yang mengenakan pakaian serba putih, menzahirkan rasa cinta dan kasih mereka kepada Nabi SAW serta mengagungkan hari kelahiran Baginda yang mengingatkan kembali kepada nilai-nilai luhur Islam.

‘Abd al-Hadi al-Qasabi, Pengerusi Majlis Tertinggi Tarekat Sufi Mesir berkata: “Majlis Maulid al-Nabi SAW di Masjid Imam Husain a.s. ini diadakan setelah koordinasi penuh dengan Ahmad al-Tayyib, Sheikh al-Azhar; Menteri Wakaf Mesir; serta Mufti negara ini.”

Perlu disebutkan bahawa bulan Rabi‘ul Awwal bertepatan dengan hari kelahiran Nabi Mulia Islam SAW. Umat Islam dalam kesempatan ini berusaha mengambil manfaat daripada akhlak dan sirah Nabi, memperkukuhkan nilai solidariti dan kesatuan, serta meneladani Baginda dalam menyebarkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

4303566

captcha