IQNA

Kebenaran Pemimpin Tertinggi untuk Menyalurkan Sebahagian Khumus kepada Rakyat Tertindas Gaza

17:06 - September 09, 2025
Berita ID: 3106991
IQNA - Hadrat Ayatollah al-‘Uzma Khamenei dalam jawapan kepada satu istifta’ telah memberi kebenaran untuk menyalurkan sebahagian daripada khumus orang-orang beriman kepada rakyat tertindas Gaza.

Laporan IQNA; Hadrat Ayatollah al-‘Uzma Khamenei baru-baru ini dalam jawapan kepada satu pertanyaan fikah, membenarkan pembayaran sebahagian daripada khumus orang-orang beriman kepada rakyat tertindas Gaza.

Media KHAMENEI.IR menyiarkan teks soalan yang diajukan beserta jawapan beliau seperti berikut:

Soalan: Adakah Tuan mengizinkan sebahagian daripada khumus disalurkan kepada rakyat tertindas Gaza?

Jawapan: Orang-orang beriman dibenarkan menyalurkan separuh daripada Saham Mubarak Imam (iaitu satu perempat daripada keseluruhan khumus) bagi membantu rakyat tertindas Gaza.

4304234

captcha