IQNA

Hosseinizadeh Tekankan

‘Dua Qari’; Inovasi yang Mengubah Lanskap Pertandingan al-Quran

9:24 - October 09, 2025
Berita ID: 3107114
IQNA - Pemerhati Jawatankuasa Tertinggi Penyelaras Pertandingan al-Quran Negara menyifatkan pertandingan Zain al-Aswaat «زین الاصوات» sebagai acara bertaraf nasional dan menambah bahawa kategori baharu “Dua Qari” yang diperkenalkan buat kali pertama berpotensi menjadi langkah berkesan dalam pembangunan pertandingan al-Quran negara.

Laporan IQNA; Peringkat akhir edisi pertama Pertandingan Kebangsaan Zain al-Aswaat telah diadakan minggu lalu oleh Institut al-Quran Ahlul Bayt (a.s.) di bandar suci Qom. Acara ini, yang bertujuan untuk mengenal pasti dan membimbing bakat muda dalam bidang bacaan al-Quran, telah menghimpunkan ratusan qari muda dari seluruh negara.

Berikutan itu, kami telah mengadakan temubual bersama Jassim Hosseinizadeh «جاسم حسینی‌زاده», Pemerhati Jawatankuasa Tertinggi Penyelaras Pertandingan al-Quran Negara, bagi menilai pelbagai aspek acara ini.

Dalam temu bual bersama wartawan IQNA, Hosseinizadeh menyatakan bahawa pertandingan Zain al-Aswaaat dari segi pelaksanaan dan kandungan sekurang-kurangnya setaraf dengan pertandingan kebangsaan. Pembahagian peserta kepada dua kategori umur – remaja di bawah 17 tahun dan dewasa di atas 17 tahun – telah meningkatkan kualiti pertandingan di kedua-dua peringkat, menunjukkan perhatian serius pihak penganjur terhadap semua golongan umur dalam bidang al-Quran.

Beliau turut menjelaskan mengenai kategori baharu Dua Qari, yang diperkenalkan buat pertama kali di peringkat negara oleh Institut Ahlul Bayt (a.s.), dan menyifatkannya sebagai inovasi yang boleh mencetuskan perubahan dalam landskap pertandingan al-Quran. Menurut beliau, inisiatif sebegini dapat meningkatkan daya tarikan pertandingan al-Quran dalam kalangan generasi muda.

Hosseinizadeh turut menganalisis kesan jangka panjang penganjuran pertandingan seperti ini dan menyatakan bahawa pertandingan berkualiti dan menepati piawaian nasional seperti Zain al-Aswaat pasti akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran al-Quran di kalangan semua lapisan masyarakat, khususnya remaja dan golongan muda. Pertandingan ini juga menyediakan platform yang sesuai untuk mengenal pasti bakat-bakat cemerlang dalam bidang al-Quran dan memudahkan proses pertumbuhan serta pembangunan mereka.

4309115

captcha