IQNA

Saluran Al-Kawthar Mengumumkan

Seruan Penyertaan bagi Musabaqah al-Quran Antarabangsa Mafazaa Kali ke-19

6:30 - November 27, 2025
Berita ID: 3107343
Seruan Penyertaan bagi Musabaqah al-Quran Antarabangsa Mafazaa Kali ke-19
IQNA - Sempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, bulan yang digelar musim bunga al-Quran, Saluran Antarabangsa Al-Kawthar «الکوثر» akan menganjurkan Musabaqah al-Quran Antarabangsa Mofazaa «مفازا» kali ke-19.
Seruan Penyertaan bagi Musabaqah al-Quran Antarabangsa Mafazaa Kali ke-19

Laporan IQNA, memetik kenyataan Jabatan Hubungan Awam Saluran Antarabangsa Al-Kawthar; Pendaftaran bagi edisi ke-19 Musabaqah al-Quran antarabangsa berbentuk televisyen ini telah dibuka.

Musabaqah ini merupakan pertandingan tilawah televisyen pertama yang diadakan di seluruh negara Islam dan dunia, yang sejak 19 tahun lalu disiarkan secara langsung setiap tahun dalam bulan Ramadan.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila beri perhatian kepada peringkat-peringkat berikut:

Peringkat Pertama: Pendaftaran

Pendaftaran dibuka dari 11 Disember, bertepatan dengan 20 Jumadil Akhir; hari kelahiran Sayyidah Fatimah Zahra (a.s), hingga 13 Rejab, iaitu hari kelahiran Imam Ali (a.s).

Para peserta boleh mendaftar melalui laman web Saluran Al-Kawthar:
www.alkawthartv.ir
atau melalui WhatsApp dan Telegram di nombor: 00989108994025

Peringkat Kedua: Penghantaran Tilawah

Peserta perlu menghantar satu rakaman tilawah suara atau video selama kira-kira tiga minit, daripada salah satu bahagian berikut:

  • Ayat 13 hingga 16, Surah Al-An‘am

  • Ayat 47 hingga 51, Surah Ibrahim

  • Ayat 41 hingga 44, Surah An-Nahl

Peringkat Ketiga: Penjurian dan Pemilihan Peserta Terpilih

Selepas penjurian awal, 96 peserta akan dipilih untuk menyertai program tersebut.

Setiap peserta akan diberikan satu bahagian tilawah, yang perlu dihantar dalam tempoh tiga hari.

Peserta terpilih hendaklah, mengikut jadual yang ditetapkan, hadir melalui Skype pada waktu siaran tilawah mereka sepanjang bulan Ramadan.

Peringkat Separuh Akhir dan Akhir

Daripada 96 peserta, 24 qari terbaik (maksimum dua orang dari setiap negara) akan mara ke peringkat separuh akhir.
Seorang lagi peserta akan ditambahkan melalui undi para penonton.

Akhirnya, 5 qari terbaik dari lima negara akan mara ke peringkat akhir, yang insya-Allah akan berlangsung pada malam Aidilfitri.

Syarat Penyertaan

  • Berumur 17 tahun ke atas

  • Melengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat: nama, negara, umur dan nombor telefon

  • Menghantar tilawah pilihan dengan menyatakan surah dan ayat

Musabaqah ini dianjurkan oleh Bahagian Ma‘arif Saluran Antarabangsa Al-Kawthar, dan penerbitannya – seperti tahun-tahun sebelumnya – diuruskan oleh penerbit berpengalaman rangkaian IRIB, Sayyid Ne‘matollah Esma‘eili «سید‌نعمت‌الله اسماعیلی ».

4319189

tanda nama: Musabaqah tilawah
captcha