IQNA

Pantulan Ucapan Malam Ini Pemimpin Tertinggi Iran di Media Berbahasa Arab dan Inggeris

9:25 - November 29, 2025
Berita ID: 3107347
IQNA - Ucapan Pemimpin Tertinggi Iran pada malam Khamis, 27 Novembar, mengenai perkembangan Iran dan rantau ini mendapat liputan meluas di pelbagai media dunia.

Laporan IQNA; Ucapan televisyen Ayatollah al-Uzma Khamenei, Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran (mudh-dhilluhu al-‘ali «مد ظله العالی» - semuga berkepanjangan naungannya yang tinggi), yang disiarkan pada malam Khamis oleh Saluran 1 Televisyen Republik Islam Iran, mendapat perhatian besar di media antarabangsa.

Saluran Berita Al-Mayadeen

Saluran berita Al-Mayadeen menyiarkan kandungan ucapan Pemimpin Revolusi dan menulis: Pemimpin Tertinggi menyeru rakyat Iran supaya menyokong kerajaan dan presiden serta bersatu menghadapi musuh-musuh.

Al-Mayadeen turut memetik bahawa: bangsa Iran telah mengalahkan Amerika Syarikat dan rejim Zionis, dan Amerika gagal memperdayakan rakyat Iran.

Al-Masirah (Yaman)

Saluran berita Al-Masirah menulis: Pemimpin Revolusi Iran menegaskan bahawa Basij «بسیج» - barisan rela rakyat dan gerakan muqawamah mesti terus hidup dan diteruskan dalam generasi-generasi yang berterusan.

Agensi Berita Al-Maaloumah (Iraq)

Agensi berita Al-Maaloumah Iraq memetik dari kata-kata Pemimpin Tertinggi bahawa fenomena muqawamah akan terus berkembang, dan golongan mustadh‘afin di dunia akan merasakan bahawa ada pihak yang membela mereka.

Al-Maaloumah turut menyiarkan bahagian ucapan beliau yang menyatakan: sekiranya Amerika Syarikat tidak wujud, rejim Zionis tidak akan mampu melakukan semua jenayah ini.

Laman Berita Analitis Al-Nashra (Lubnan)

Laman berita Al-Nashra Lubnan memetik kata-kata Pemimpin Tertinggi bahawa Amerika tidak layak untuk menjadi pihak yang Iran ingin bekerjasama dengannya.

Agensi Berita Sputnik

Sputnik Arabic dari Rusia juga menyiarkan liputan mengenai ucapan televisyen Pemimpin Tertinggi Iran yang ditujukan kepada rakyat Iran.

Agensi ini memetik Ayatollah Khamenei yang berkata bahawa meskipun Republik Islam Iran mengalami kerugian dalam perang 12 hari dan kehilangan beberapa komandernya, namun Republik Islam membuktikan bahawa ia merupakan pusat kekuatan dan tekad.

Media Berbahasa Inggeris

Media berbahasa Inggeris di rantau ini serta akhbar berbahasa Perancis Le Figaro menekankan bahagian ucapan malam ini yang menyatakan bahawa “dakwaan bahawa Iran menghantar mesej untuk berhubung dengan kerajaan Amerika Syarikat yang sedia ada adalah pembohongan semata-mata.”

Laman Web Republik Azerbaijan

Laman web Republik Azerbaijan menulis: Pemimpin Iran, Ayatollah Khamenei, menyatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat tidak mempunyai kelayakan untuk mengadakan rundingan dengan Republik Islam Iran.

 

Pantulan Ucapan Malam Ini Pemimpin Tertinggi Iran di Media Berbahasa Arab dan Inggeris

Pantulan Ucapan Malam Ini Pemimpin Tertinggi Iran di Media Berbahasa Arab dan Inggeris

Pantulan Ucapan Malam Ini Pemimpin Tertinggi Iran di Media Berbahasa Arab dan Inggeris

4319564

tanda nama: Imam Ali Khamenei hf
captcha