IQNA

Bergema Jeritan "Ya Hussain" dalam Upacara Perkabungan "Tuwairej" di Karbala 

13:31 - June 28, 2026
Berita ID: 3108024
IQNA - Pada ulang tahun kesyahidan Imam Hussain (a.s.), berjuta-juta jemaah pencinta Hussain di Karbala Mualla memulakan upacara bersejarah dan megah "Rakdah Tuwairej" dengan berjalan kaki sambil berlari-lari kecil, dengan jeritan Ya Hussain menggema di antara dua kompleks suci (bainul haramain 《بین الحرمین》).

Laporan IQNA, memetik al-Kafeel 《الکفیل》; Rakdah Tuwairej 《رکضة طویریج》 merupakan salah satu perhimpunan manusia terbesar di dunia yang diadakan setiap tahun pada waktu tengah hari Asyura Muharram sempena kesyahidan Imam Hussain (a.s.) dan para sahabatnya.

Perkabungan Tuwairej ialah perkabungan tahunan penduduk Tuwairej, dari bandar mereka ke kompleks suci Imam Hussain (a.s.) pada hari Asyura. Upacara ini selalunya dijalankan secara berlari-lari kecil selepas solat Zuhur.

Slogan-slogan

Sepanjang perjalanan dan ketika memasuki kompleks suci Imam Hussain (a.s.) dan kompleks suci Abul Fadhl (a.s.), para jemaah melaungkan slogan-slogan seperti "Wa Hussain!" 《واه حسین》, "Labbaik Ya Hussain!" 《لبیک یا حسین》, "Ya Lisarati al-Hussain!" 《یا لثارات الحسین》, "Labbaik Ya Da'iallah!" 《لبیک یا داعی الله》, "Abadan Wallah Ma Nansa Hussain!" 《ابدا و الله ما ننسی حسینا》(Demi Tuhan, kami tidak akan melupakan Hussain buat selama-lamanya), "Ya Abbas Jib bil Ma li Sakina!" 《ای عباس جب بالماء لسکینه》(Wahai Abbas, bawakan air untuk Sakina), "Al-Yawm Al-Yawm Nu'azzi Fatimah!" 《الیوم، الیوم نعزی فاطمه》(Hari ini, hari ini kami beri takziah kepada Fatimah), dan "Wawailun 'Ala al-Abbas!" 《واویل علی العباس》.

 

Latar Belakang Upacara Tuwairej

Menurut beberapa sumber, pembentukan kafilah Tuwairej dan pergerakan secara berlari-lari kecil adalah dimulakan oleh Syed Saleh al-Qazwini. Beliau telah menjadikan rumahnya di Tuwairej sebagai tempat perkabungan Imam Hussain (a.s.) selama dua tahun dalam dekad Muharram. Pada pagi hari Asyura, Syed Saleh membacakan Maqtal (kisah syahid) Syed Ibn Tawus di hadapan puluhan ribu hadirin, dan selepas makan sarapan, mereka berjalan kaki menuju ke Karbala. Apabila tiba di kawasan Bab al-Tuwairej (salah satu pintu masuk ke bandar Karbala), mereka menunaikan solat Zuhur dan kemudian memulakan upacara Rakdah Tuwairej menuju ke kompleks suci Imam Hussain (a.s.) dan Abbas (a.s.). Beberapa jam selepas tengah hari, iaitu waktu kesyahidan Imam Hussain (a.s.), para jemaah yang berjalan kaki memasuki Karbala, tetapi Syed Saleh menaiki kuda dan bergerak di antara ribuan jemaah. Kaedah ini diteruskan oleh anak-anaknya selepas kewafatan Syed Saleh pada tahun 1304 Hijrah. Sejak itu sehingga dekad terakhir abad ke-14 Hijrah, kafilah Tuwairej diketuai oleh keturunan Syed Saleh.

Tuntutan Sejarah Lebih 300 Tahun

Syed Saleh al-Shahristani (w. 1395 H) dalam bukunya Tarikh al-Niyahab berpendapat bahawa pergerakan berlari-lari kecil Tuwairej telah berlangsung selama lebih tiga abad, dan para peserta percaya bahawa ia melambangkan pergerakan Bani Asad pada hari Asyura tahun 61 Hijrah.

4360605

captcha