IQNA

Jemaah kembali imarahkan Masjid Jenjarom, solat subuh berjemaah

14:11 - September 05, 2021
Berita ID: 3100076
JEMAAH termasuk ahli kariah masjid menunaikan solat Subuh berjemaah dekat Masjid Jenjarom di Kuala Langat, Selangor.

Solat Subuh di Masjid Jenjarom di sini mulai meriah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan 50 orang termasuk ahli kariah masjid hadir untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah.

Jemaah yang hadir dilihat tiba dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah sendiri serta memakai pelitup muka.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kebajikan Masjid Jenjarom, Mohd. Muslimen Omar, pihaknya melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memberi kebenaran tersebut.

“Seramai 50 orang ahli kariah termasuk Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Jenjarom hadir untuk menunaikan solat berjemaah pagi ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) seperti lengkap dua dos vaksin Covid-19, memeriksa suhu badan, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal perlu dipatuhi ahli kariah yang hadir,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas solat berjemaah.

Khamis lepas, JAIS melalui satu pekeliling menyatakan, seramai 100 jemaah dibenarkan hadir ke masjid di seluruh Selangor bagi menunaikan solat Jumaat susulan penurunan kes harian jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan sekitar 4,000 sehari dan ke bawah.

Malah, bagi solat fardu lima waktu, seramai 50 jemaah dibenarkan hadir ke masjid dan surau pada satu-satu masa dan semua jumlah kehadiran itu adalah termasuk pegawai pentadbir serta ahli jawatan kuasa.

Bagaimanapun, bagi surau yang dibenar menunaikan solat Jumaat dihadkan kepada 50 orang jemaah sahaja.

Pada 1 Jun lalu, kerajaan negeri menetapkan hanya enam jemaah dibenarkan bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid, surau dan musolla seluruh negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Mengulas lanjut Muslimen berkata, pihaknya berharap agar keadaan tersebut berterusan bagi memastikan masjid terus diimarahkan.

“Solat Subuh pagi ini ahli kariah hadir terus tanpa perlu mendaftar seperti solat Jumaat yang perlu dikawal jumlahnya,” katanya.

Sekiranya Allah swt dipercayai Maha Mampu dan Maha Kuasa untuk menyelamatkan manusia dari segala malapetaka dan wabak, sedangkan Allah swt juga Maha mendengar doa dan harapan hamba-hamba-Nya yang berdoa untuk menghilangkan semua malapetaka, bencana dan wabak, maka apa lagi yang harus membimbangkan? dan putus asa bagi manusia dalam menghadapi malapetaka, bencana dan wabak di dunia ini. Tentu usaha dalam pelbagai elemen untuk menjaga kesihatan, menunaikan kewajipan ibadah kepada-Nya serta etika hidup sosial adalah konci untuk bebas dari kesan buruk malapetaka, bencana dan wabak, yang pada hakikatnya mudah bagi Allah swt untuk membebaskan hamba-hambaNya dari segala kesan buruk malapetaka, bencana, wabak dan penderitaan, hanya dengan kesediaan beriman dalam berdoa, munajat dan berkelakuan baik sesuai dengan standar yang diperlukan, seperti yang dicontohkan dalam kisah orang-orang beriman yang disebutkan dalam Al-Quran, firman-Nya:
- وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
- فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ.
"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
(Al-Anbiyaa' 21:87 & 88).

Doa dan munajat adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah yang menimpa dan menghimpit kehidupan manusia, oleh itu doa dan munajat perlu untuk sentiasa diadakan, sama ada dalam sendirian atau bersama jemaah.

utusan.com

captcha