IQNA

Lari dari penjara Israel, enam tahanan Palestin didakwa di mahkamah

8:49 - October 04, 2021
Berita ID: 3100236
TEHRAN (IQNA) - Gerakan zionis Israel yang semula dilancarkan untuk merampas dan menjajah rakyat dan tanah air Palestin, oleh itu pada asli kes para penjajah inilah yang sepatutnya di mahkamahkan oleh mahkamah Palestin atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun sebaliknya yang berlaku.

Tahanan Palestin yang ditahan semula selepas melarikan diri dari sebuah penjara Israel, September lalu, didakwa secara rasmi hari ini, jelas Kementerian Kehakiman Israel.

Mereka dituduh melarikan diri dari Penjara Gilbao.

Hukuman maksimum atas dakwaan itu adalah tambahan tujuh tahun penjara.

Dalam pada itu, lima lagi didakwa atas kesalahan membantu keenam-enam tahanan itu melarikan diri.

Enam tahanan, semuanya penduduk Jenin di Tebing Barat, melarikan diri dengan menggali terowong di bawah sink.

Salah seorang daripada mereka, Mahmud Abdullah Ardah mengatakan, dia menggunakan sudu, piring dan juga pemegang cerek untuk menggali terowong.

Mereka yang disambut sebagai pahlawan oleh Palestin – ditahan semula semasa operasi besar-besaran Israel.

Selain Ardah, turut ditahan semula adalah Zakaria Zubeidi yang merupakan dalang kepada tindakan itu.

Empat yang lain adalah Ayham Kamamji, Munadel Infeiat, Yaqub Qadri dan Mohammad Ardah.

utusan.com

captcha