IQNA

Individu lukis gambar Nabi terbunuh dalam kemalangan ngeri jalan raya

10:54 - October 04, 2021
Berita ID: 3100239
TEHRAN (IQNA) - kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Kartunis Sweden yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis gambar Nabi Muhammad (saw), maut dalam kemalangan ngeri jalan raya.

Daily Mail melaporkan, Lars Vilks, 75, terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah trak.

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis itu turut terkorban, menurut laporan Expressen.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kronoberg.

Vilks mencetuskan kemarahan global apabila melukis gambar Nabi Muhammad pada 2007.

utusan.com
captcha