IQNA

Al-Hashd Al-Shaabi:

Perarakan Jenazah Pemimpin Syahid di Iraq Dilakukan Atas Permintaan Kerajaan

9:43 - July 01, 2026
Berita ID: 3108039
IQNA - Al-Hashd Al-Shaabi mengumumkan bahawa perarakan jenazah pemimpin syahid Iran di Iraq akan diadakan atas permintaan kerajaan Iraq dan dengan kerjasama pihak-pihak politik.

Perarakan Jenazah Pemimpin Syahid di Iraq Dilakukan Atas Permintaan KerajaanLaporan IQNA, memetik Shafaq News 《الشفق》; Muhand Al-Aqabi 《مهند العقابی》, Pengarah Jabatan Penerangan Al-Hashd Al-Shaabi Iraq 《الحشد الشعبی ایراق》, berkata: Upacara ini adalah perarakan rasmi dan akan diadakan dengan penyertaan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Perlu diingat; Sayyid Abbas Araghchi 《سید عباس عراقچی 》, Menteri Luar Iran yang melawat Iraq semalam, telah bertemu dan berbincang dengan Ihsan Al-Awadi, 《احسان العوادی》 Ketua Pejabat Perdana Menteri Iraq dan pengerusi jawatankuasa perarakan pemimpin syahid Iran di Iraq.

Dalam pertemuan itu, Al-Awadi menyifatkan penganjuran upacara perarakan pemimpin syahid di Iraq dan tempat-tempat suci sebagai satu penghormatan bersejarah untuk rakyat Iraq, dan menegaskan bahawa kerajaan dan rakyat Iraq tidak akan berhemat dalam usaha untuk menganjurkan upacara itu dengan penuh gilang-gemilang.

Selain itu, "Naseef Jassim Al-Khattabi" 《نصیف جاسم الخطابی》 Gabenor Karbala, turut bertemu dan berbincang dengan Sayyid Abbas Araghchi, Menteri Luar Republik Islam Iran, semasa lawatan menteri tersebut ke wilayah itu. Menurut kenyataan pejabat gabenor Karbala, kedua-dua pihak dalam pertemuan itu membincangkan persiapan terakhir untuk menyambut jenazah suci pemimpin syahid dan penganjuran upacara perarakan rasmi di wilayah Karbala.

Kenyataan itu menambah bahawa selain membincangkan persiapan untuk upacara perarakan, beberapa isu berkepentingan bersama turut dibincangkan bagi mengukuhkan koordinasi antara kedua-dua pihak dan memastikan pelaksanaan program-program yang telah dirancang untuk upacara tersebut dengan lebih baik.

4361087

captcha