IQNA

Zionis musnahkan tanah perkuburan Islam Palestin

11:39 - October 12, 2021
Berita ID: 3100270
TEHRAN (IQNA) - Israel memusnahkan sebuah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis.

Beberapa kubur di Tanah Perkuburan Al-Yusufiye dimusnahkan dengan menggunakan jentera berat.

Lapor Anadolu Agency, penduduk Palestin memaklumkan sejumlah tulang ditemukan semasa operasi memusnahkan kawasan tanah perkuburan itu.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Tanah Perkuburan Islam, Ahmed al-Dajani berkata, mahkamah Israel memberi kebenaran kepada Direktorat Arkeologi untuk melakukan kerja-kerja di tapak berhampiran tanah perkuburan itu.

Ahmed berkata, antara kubur yang dimusnahkan adalah tempat persemadian penduduk Islam yang terkorban dalam konflik pada tahun 1948 dan 1967.

Beliau menegaskan Israel akan berdepan tindakan undang-undang sebagai tindak balas terhadap perbuatan memusnahkan kubur tersebut.

Menurut Ahmed, Israel merancang untuk membina sebuah taman berhampiran tanah perkuburan tersebut.

Tanah Perkuburan Al-Yusufiye yang terletak bersebelahan tembok mengelilingi kota lama merupakan satu daripada tanah perkuburan Islam tertua di Baitulmuqaddis.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis cuba memusnahkan tangga bersejarah menuju ke kota lama dan Masjid Al-Aqsa, namun, langkah itu dihalang oleh penduduk Palestin. 

utusan.com

 
 
captcha