IQNA

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam dalam perjumpaan dengan tetamu Persidangan Perpaduan:

Perpaduan umat Islam adalah kewajipan Al-Quran yang pasti

7:19 - October 25, 2021
Berita ID: 3100323
TEHRAN (IQNA) - Pokok utama perpaduan adalah Palestin; Pemerintah yang menormalkan hubungan harus menebus kesalahan mereka

Ayatullah Khamenei, sempena raikan hari kelahiran Nabi besar Muhammad (SAW) dan Imam Sadeq (as), semasa dipertemuan dengan para pemimpin, pegawai dan tetamu Persidangan Perpaduan Islam Antarabangsa, menyatakan: "Kesatuan Umat ​​Islam bukan taktik tetapi perkara prinsip asli Islam, kesatuan sinergi umat Islam adalah perlu; Jika umat Islam bersatu, jika mereka bersinergi, maka semua mereka akan menjadi kuat. Perpaduan umat Islam adalah kewajipan al-Quran yang pasti".

Pertemuan ini diadakan dengan mengikut patuh arahan protokol kesihatan pencegahan Corona yang diadakan di dewan Huseiniyah Imam Khumeini, Tehran.

Petikan daripada ucapan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam;

"Kehebatan peristiwa Maulid Baginda Rasulullah Muhammad (SAW) sehebat kemuliaan dan ketinggian derajat kenabian dan kerasulan Baginda (SAW).

Allah Taala menurunkan kitab yang tersembunyi (کّتابُ مَکنُون) ke dalam hati Rasulullah yang suci, lalu Ia mengalir dari lisan suci Nabi yang mulia (SAW), Allah (SWT) mempercayakan rancangan kesejahteraan manusia kepada Baginda (SAW) secara keseluruhan, meletakkan di atas bahunya dan menugaskannya untuk melaksanakan rencana itu, mengumumkan dan menuntutnya dari para pengikutnya.

Kelahiran Nabi (SAW) sebenarnya adalah permulaan era baru dalam kehidupan manusia; Ini adalah berita baik bahawa era baru kehendak Ilahi dan rahmat Ilahi telah dimulakan bagi umat manusia.

Sebab mengapa kami di Republik Islam menekankan kesatuan umat Islam adalah bahawa hari ini terdapat usaha berterusan untuk mewujudkan perbezaan antara orang Islam, Syiah dan Sunni, Anda lihat, dalam literatur politik Amerika, isu Sunni dan Syiah telah diperkenalkan dalam beberapa tahun akhir; padahal mereka bertentangan dengan prinsip asli Islam, mereka adalah musuh, tetapi mereka tidak meninggalkan isu Syiah dan Sunni.

Anda juga dapat melihat bahawa kumpulan yang dibuat oleh Amerika boleh membuat hasutan di mana sahaja di dunia Islam. Contoh yang paling dekat ialah peristiwa bom yang menyedihkan di Afghanistan pada dua Jumaat terakhir yang meletupkan masjid orang Islam ketika mereka sedang ramai menunaikan solat. Siapa yang meletupkan nya? ISIS. Siapa ISIS? ISIS adalah kumpulan yang Amerika buat - kumpulan Demokratik yang sama di Amerika Syarikat - secara eksplisit mengatakan bahawa kami yang buat, tetapi sekarang mereka tidak mengatakan lagi dan bahkan menafikan nya.

Ayatullah Khamenei, juga menekankan masalah perpaduan; pencapaian tujuan mewujudkan sebuah peradaban Islam yang baru, tidak dapat dicapai kecuali dengan kesatuan Syiah dan Sunni dan berkata: Pokok utama untuk kesatuan umat Islam adalah isu Palestin dan semakin serius ditumpukan untuk menghidupkan kembali hak Palestin, semakin kuat perpaduan Islam".

Beliau menyebut; upaya beberapa pemerintah negara untuk menormalkan hubungan dengan rejim Zionis yang menjajah tanah air Palestin, sebagai dosa dan kesalahan besar dan menambahkan: "Pemerintah-pemerintah ini harus undur dari langkah menentangi kesatuan umat Islam dan hendak nya mereka berusaha untuk menebus kesalahan besar ini."

4007580

captcha