IQNA

Semarakkan Aktiviti Qurani (2):

Tadabbur, Tujuan Utama Majlis Tilawah Al-Quran + video

16:20 - November 06, 2021
Berita ID: 3100370
TEHRAN (IQNA) -Pada MTQ 2019, ucapan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama, Dr Mujahid Yusof; Majlis Tilawah Al-Quran, Ia bukan sahaja majlis untuk mendengar dan menghakimi kualiti bacaan Al-Quran pada para peserta, tetapi paling penting untuk mentadabur kandungan Al-Quran

Laporan IQNA, Al-Quran tentu menjadi kitab bacaan wajib secara logis Islami, juga untuk mentadabur dalam ayat-ayatnya oleh setiap muslim sebagai yang dinasihatkan oleh Allah swt dalam FirmanNya :

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الأَلْبَابِ

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu, Kitab yang banyak faedahnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya (mentadabur), dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Qs. Saad 38:29)

Kata Tadabbur dengan kata terbitannya digunakan sebanyak 44 kali dalam 11 bentuk dalam Al-Quran, 4 daripadanya merujuk kepada kata tadabbur dalam Al-Quran;

1. Dalam surah An-Nisaa' Ayat 82

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."(QS, An-Nisaa' 4:82)

2. Dalam surah Saad Ayah 29: Yang telah disebutkan diatas.

3. Dalam surah Al-Mu'minuun Ayat 68:

أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ أَمْ جَاءَهُمْ مَا لَمْ يَأْتِ آبَاءَهُمُ الْأَوَّلِينَ

"Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?" (QS, Al-Mu'minuun 23:68)

4. Dan Dalam surah Muhammad ayah 24:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ

"Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?". (QS. Muhammad 47:24)

 

kod video

 

Memetik kata laluan Majlis Tilawah Quran (MTQ) peringkat antarabangsa yang setiap tahun di adakan oleh negara Malaysia. Pada MTQ 2019, yang diucapkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama, Dr Mujahid Yusof, yang perlu disoroti sebagai semarakkan Aktiviti Qurani dengan kata-kata beliau: "Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, adalah suatu majlis tahunan yang kita tunggu-tunggu. Ia bukan sahaja majlis untuk mendengar dan menghakimi kualiti bacaan Al-Quran pada para peserta, tetapi paling penting untuk mentadabur kandungan Al-Quran, yang menjadi kitab Allah, petunjuk bagi umat manusia".

Tadabur dalam kandungan Al-Quran patut diperkasakan kerana ini merupakan perkara yang amat perlu dan penting untuk manusia mendapatkan keberkahan dan ingatan yang berharga dari firman-firman Tuhan, selagi Tuhan masih memberi peluang hidup untuk setiap orang dari kita.

Pada ruangan ini IQNA berusaha membentangkan Apa makna mentadabur kandungan ayat-ayat suci Al-Quran, yang dipetik dari kajian farsi.khamenei.ir; Kata mentadabur memiliki kata dasar tadabbur berasal dari Bahasa Arab (ٌتَدَبُّر) 'tadabbur' sepadan makna kata 'renung' dalam Bahasa Melayu. Adapun 'renungan' Ia adalah proses kecerdasan hati sanubari yang bersifat holistik dan merangkumi semua deria dan alat kognisi (proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu atau pengamatan yang berlaku dalam otak, arti kognisi menurut kamus Bahasa Melayu), tetapi tadabbur tidak khusus untuk perkara visual seperti pemikiran (tafakkur), bahkan tadabbur jauh lebih luas daripada empat perkataan yang sinonim dengannya iaitu:

  1. Tafakkur atau Pemikiran: Ia adalah persepsi yang diperoleh melalui membayangkan dan meluluskan perkara yang jelas - sensasi, metaterapi, pengalaman, naluri / fitrat, hati nurani dan keutamaan-keutamaan - dan mendedahkan kefahaman yang tidak diketahui kepada dirinya sendiri. Pada peringkat ini, ia tidak memerlukan sains, sebab dan bukti yang kompleks, dan mana-mana manusia yang mempunyai akal dan pancaindera yang sihat, boleh menggunakannya dan memahami beberapa kebenaran semula jadi.
  2. Ta'akkul atau Akal ialah sesuatu yang dengannya pemikiran, penaakulan, dan percampuran idea dan penegasan berlaku, dan membezakan baik dan buruk, baik dan jahat, betul dan salah. Akal dalam pandangan Al-Quran bermaksud merujuk kepada maklumat yang jelas ada terdahulu dan mencampurkannya dengan premis teoritis dan realiti dunia atas dan bawah, untuk menemui perkara yang tidak diketahui yang lebih mendalam dan lebih kompleks, yang dalam falsafah ditafsirkan sebagai alasan sebenar (عقل بالفعل).
  3. Tafaqquh; dari akar kata fiqh bermaksud pemahaman saintifik yang mendalam dan pengkhususan atau spesialisasi di dalamnya. Premis Perbuatan berada di luar akal dan juga di alam hati, sedangkan fikiran dan ta'akul yang bercampur dengan adunan iman dan menjadi kepercayaan rohani. Oleh itu, fiqh bermaksud penaakulan dalam konsep agama untuk memahami kebenaran dan kepastian / keyakinan di dalamnya.
  4. Tazakkur: dari akar kata dzikr bermaksud ingat; Ia adalah salah satu peringkat pengenalan Al-Quran dan merupakan urusan hati. Ahli tasawuf menganggapnya sebagai hasil pemikiran dan sebenarnya dzikir adalah kekuatan pelindung yang melindungi permata iman dalam perbendaharaan hati. Seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Ali, Pemimpin orang-orang beriman (ra): "Dzikir kepada Allah adalah menolak syaitan."( غررالحکم/ 3614/ ح 188). Peringatan dalam perjalanan dari penciptaan kepada kebenaran mengandungi mesej kebesaran, ketakutan dan rasa segan dan kerendahan hati dan sujud di hadapan Tuhan sekalian alam, yang semuanya merupakan tanda kesediaan dan kebangkitan kekuatan pelindung dalam hati dan jiwa manusia.

Khulasah:  Tafakkur, Ta'akkul, Tafaqquh dan Tazakkur semua sebagai proses dalam Tadabbur; berjalin dengan unsur-unsur ini, dan berada pada darajat kefahaman yang lebih tinggi yang mencakup semua keempat proses pengenalan tersebut. Oleh sebab itu, tadabbur adalah istilah khusus yang digunakan oleh wahyu Al-Quran untuk pengenalan yang mendalam dalam keseluruhan AI-Quran sehingga mencapai kehidupan Qurani.

tanda nama: semarakkan ، aktiviti ، qurani ، mtq ، malaysia ، tadabbur ، tujuan ، utama ، majlis ، tilawah ، Al-Quran
Nama:
Email:
* komen:
captcha