IQNA

Nasser Abu Sharif:
6:01 - November 24, 2021
Berita ID: 3100451
TEHRAN (IQNA) - Wakil gerakan Jihad Islam di Iran berkata: "Rakyat Yaman telah meletakkan konfrontasi dengan rancangan Zionis di puncak agenda mereka dan penentangan mereka terhadap penceroboh adalah luar biasa dan dihormati.

Laporan IQNA; Wakil gerakan Jihad Islam Palestin di Tehran pada sesi kedua konferensi 'Perhimpunan Orang Tertindas Sedunia', yang diadakan pada 22 November, di Dewan Sidang Kemuncak di Tehran, mengenai subjek; "Yemen-centered transformasi dan keyakinan diri dunia Islam", berkata: "Muqawamah (pertahanan diri) Yaman adalah bentuk keyakinan diri yang bergantung kepada Allah SWT, dengan moment ini mereka telah mulakan gerak ke hadapan".

Beliau menyatakan bahawa rakyat Yaman berada di barisan hadapan menyokong Palestin : "Rakyat Yaman telah meletakkan konfrontasi dengan rancangan Zionis di hadapan kerja mereka dengan tangan kosong, dan muqawamah mereka terhadap penceroboh adalah luar biasa dan patut dihargai."

Wakil Jihad Islam di Tehran menyambung: Perkara pertama yang dilakukan oleh muqawamah Yaman ialah memilih slogan: "Kematian kepada Amerika Syarikat dan kematian kepada Israel", sebagai slogan utamanya.

Beliau menyatakan bahawa rakyat Yaman berada di barisan hadapan menyokong Palestin : "Rakyat Yaman telah meletakkan konfrontasi dengan rancangan Zionis di hadapan kerja mereka dengan tangan kosong, dan muqawamah mereka terhadap penceroboh adalah luar biasa dan patut dihargai."

Wakil Jihad Islam di Tehran menyambung: Perkara pertama yang dilakukan oleh muqawamah Yaman ialah memilih slogan: "Kematian kepada Amerika Syarikat dan kematian kepada Israel", sebagai slogan utamanya.

Abu Sharif menegaskan bahawa gerakan muqawamah di Yaman telah menjadi salah satu arus pembelaan diri yang penting untuk suatu bangsa yang dicerobohi dan penting dalam dunia Islam, dengan menyatakan bahawa; dalam beberapa tahun kebelakangan ini ada beberapa kerajaan di kawasan ini, telah berusaha untuk menormalkan hubungan dengan Rejim Zionis, dalam rancangan bentuk Agama "Ibrahimi", untuk tujuan normalisasi tersebut, namun rancangan ini tidak ubahnya seperti rancangan pencerobohan yang patut ditentang, demikian dilakukan oleh rakyat Yaman, Mereka menentang rancangan Zionis dan Amerika ini dan terus melancarkan gerakan muqawamah, menerusi slogan yang berakar umbi dari Agama rasional Islam, yang menempatkan para Nabi Allah SWT pada kedudukan yang mulia, bukan seperti yang dirancang untuk kepentingan mengukuhkan gerakan jenayah zionisme dalam kerja normalisasi hubungan dengan kelompok penjajah dan pelaku terorisme.

Beliau menambah: "Transformasi intelektual dan agama rakyat Yaman bermula 20 tahun lalu, dan pemuda Yaman mula membuat perubahan besar dalam masyarakat negara ini dengan tangan kosong tetapi dengan asas intelektual dan ideologi yang kukuh."

مردم یمن در صف اول مبارزه با طرح‌های صهیونیستی و آمریکایی هستند

Abu Sharif menyebut kenangan Haji Qasim Soleimani dan berkata bahawa dia bertemu dengan Sardar Soleimani beberapa ketika sebelum kesyahidannya dan dia berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sebarang perjuangan seperti perjuangan muqawamah rakyat Yaman; Mereka sangat pintar dan mempunyai kuasa pembelajaran yang hebat, dan ini adalah kesaksian Syahid Qasim Soleimani tentang rakyat Yaman.

4015639

 

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: