Laporan IQNA; peringkat awal Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-38 bermula semalam, 10 Januari, di bahagian wanita dalam tiga kumpulan: dewasa, pelajar dan orang berkeupayaan khas.
Pertandingan bahagian wanita ini akan diteruskan sehingga penghujung 11hb Januari malam hari ini, dan selepas itu, kita akan melihat peringkat awal bahagian lelaki dari 13hb Januari hingga 16hb ini.
Peringkat awal Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran Ke-38 telah bermula manakala peserta pertandingan ini telah menghantar bacaan mereka ke ibu pejabat pertandingan kira-kira sebulan yang lalu supaya karya-karya ini dapat dinilai di peringkat awal oleh hakim juri.
Pada peringkat ini, terdapat 28 hakim dalam dua kumpulan lelaki dan wanita yang mana 10 hakim luar negara dan 18 hakim telah dipilih dari negara Republik Islam Iran. Para hakim pengadil luar negara kejohanan ini, yang menilai secara maya, telah dipilih dari negara seperti Pakistan, Iraq (dua pengadil), Bahrain, Kuwait, Lebanon, Afghanistan, Maghribi, Turki dan Syria.
Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-38 akan diadakan di bahagian lelaki ahli Pertubuhan Wakaf dan Amal kebajikan dalam bidang penyelidikan Qiraah, tilawah dan hafazan seluruh Al-Quran, dan di bahagian wanita hanya dalam bidang menghafal seluruh Al-Quran.
Diingatkan bahawa peringkat akhir Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-38 akan diadakan pada bulan Mac tahun ini, semasa peringatan hari Mab'ast (Tarikh 27hb Rejab sempena hari pengangkatan Baginda Nabi (SAW) oleh Allah (SWT) menjadi utusan pembawa Risalah Agama IslamNya untuk seluruh umat Manusia). Setakat ini, tiada keputusan pasti dibuat secara bersemuka atau kehadiran di talian pada peringkat ini.
4027532