IQNA

Bermulanya ujian awal peserta pertandingan Al-Quran makam suci peringkat antarabangsa

10:04 - July 26, 2022
Berita ID: 3101292
TEHRAN (IQNA) - Ujian awal peserta pertandingan Al-Quran peringkat antarabangsa wakil-wakil jemaah tempat suci di Makam Suci Imam Hussein (as) bermula pada Ahad, 24 Julai.

Laporan IQNA; memetik laman berita wilayah suci Husseini, Darul Quran wilayah Muqaddas Husseini memulakan pusingan pertama Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Tempat-tempat Suci -Utabaat Aaliayaat - عتبات عالیات- dalam bidang tilawah dan hafazan Al-Quran di Makam Imam Hussein (as).

Ketua Pusat Penerangan Al-Quran, Safa Al-Silawi berkata: Aktiviti Pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa telah dibuka pada hari Sabtu dengan kehadiran wakil dari tujuh negara dan personaliti hauzawi dan universiti, dan dengan kehadiran pengurus pelbagai kawasan makam-makam Muqaddas Husseini dan sekumpulan orang yang mencintai Al-Quran.

Dar Al-Quran makam suci Imam Hussain (as) mengadakan ujian awal kepada peserta bidang hafazan pertandingan Al-Quran peringkat antarabangsa pertama Utabaat Aaliayaat dalam bidang tilawah dan hafazan Al-Quran.

Khairuddin Al-Hadi, ketua Dar Al-Quran Wilayah Muqaddas Husseini, turut menekankan kepentingan mengadakan pertandingan-pertandingan ini dan berkata: "Ini adalah kali pertama jemaah makam-makam suci berkumpul untuk berkhidmat kepada Al-Quran di tempat suci Sayyedus-Syuhada al-Imam Hussein (as).

آزمون مقدماتی شرکت کنندگان در مسابقه بین المللی عتبات مقدسه در کربلای معلا

Beliau menambah: Negara-negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini termasuk Iraq, Mesir, Syria, Lubnan, Iran, dan Afghanistan, dan dari setiap makam suci mengutus seorang hafiz dan qari untuk mengambil bahagian sebagai peserta dalam Pertandingan Al-Quran Antarabangsa -Utabaat Aaliayaat- ini.

4073021

captcha