
Laporan IQNA; Segala perasaan yang diletakkan oleh Allah SWT dalam diri manusia tidaklah sia-sia; Sebagai contoh, marah dan cinta, kedua-duanya perlu dan mempunyai fungsi.
Allah SWT dalam huraian tentang Rasulullah (SAW) dan para sahabat istimewanya, berfirman :
أَشِدّاءُ عَلَى الكُفّارِ رُحَماءُ بَينَهُم
"... bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)..." (Qs, Al-Fat-h 48:29).
Oleh itu, kedua-dua perasaan; kemarahan dan cinta kasih harus digunakan di tempat sepatutnya masing-masing.
Jika kita mengkaji kehidupan Nabi (SAW), kita akan melihat bahawa bersama dengan belas kasihan dan kasih sayang, di mana perlu, juga mempunyai kemarahan; Tetapi kemarahan ini diletakkan pada tempatnya dan dengan cara yang diredhai Allah.
Kemarahan berahi - hawa nafsu mesti ditahan; Salah satu ciri orang bertaqwa ialah mereka mengawal kemarahan yang muncul dari dalam dirinya dan tidak mensia-siakannya dengan tindakan emosional tampa kontrol, sebaliknya mengontrol dengan menggunakannya apabila diperlukan pada masa melihat kezaliman, kemarahan ini adalah kemarahan yang suci.
Salah satu nasihat Tuhan yang penting kepada orang-orang beriman yang istimewa ialah «کظم غیظ» "Kazmu Ghaiz" - mengekang kemarahan; Ini bermakna bahawa seseorang berada dalam keadaan marah yang paling hebat, tetapi menguruskan kemarahannya dan tidak menunjukkan apa-apa daripadanya; Sifat ini khusus untuk orang-orang yang bertaqwa dan menurut janji Allah yang menjadikan seseorang itu layak mendapat keampunan dan rahmat Allah:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِن رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّت لِلْمُتَّقِينَ
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa". (Qs, A-li'Imraan 3:133).
Kemudian, pada ayat seterusnya, Kazmu Ghaiz - menahan kemarahan diperkenalkan sebagai salah satu sifat orang yang bertaqwa;
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik". (Qs, A-li'Imraan 3:134).