IQNA

Ulama terkenal dunia Islam / 4

Penterjemah dan jurubahasa pertama Al-Quran dalam bahasa Perancis

3:39 - November 03, 2022
Berita ID: 3101756
TEHRAN (IQNA) - Allamah Muhammad Bin Shaqroon adalah pengarang terjemahan pertama dan tafsiran perinci Al-Quran ke bahasa Perancis dalam 10 jilid dan pengarang lebih daripada 30 karya dalam bahasa Arab, Perancis dan Sepanyol dalam bidang terjemahan dan ulasan Al-Quran serta kesusasteraan dan sejarah Maghribi, yang meninggal dunia tidak lama ini.

Laporan IQNA; Allamah Muhammad Bin Shaqroon - علامه محمد بن شقرون pengulas, penterjemah dan pemikir ulumul-Quran, dilahirkan pada tahun 1932 di Maghribi. Sejak usia kanak-kanak, memasuki sekolah Al-Quran dan kemudian sekolah Diniah - agama, di mana dia belajar bahasa Arab, Al-Quran, fiqh dan tafsir di bawah seliaan guru-guru seperti bapanya sendiri, yang merupakan sarjana bahasa Arab dan Perancis, dia mempelajari bahasa Arab, Al-Quran, fiqh dan tafsir, dan beliau mencapai tahap seorang profesor dalam ulumul-Quran dan fiqh.

Bersama-sama dengan ilmu-ilmu syariah dan agama metode lama, beliau mengikuti pembelajaran sains agama dengan gaya baru dan melanjutkan pengajian tinggi di pusat-pusat sains di Maghribi dan di Perancis.

Diploma Pengajian Tinggi Maghribi Perancis, Sarjana Muda Kesusasteraan dan Psikologi dari Universiti Rabat, Diploma Pengajian Tinggi dari Universiti Paris dan Ijazah Kedoktoran Kerajaan dalam Kesusasteraan dari Universiti Perancis adalah kelayakan yang berjaya diperolehinya.

Bin Shaqroon memulakan kerjayanya mengajar di sekolah-sekolah Maghribi dan kemudian menjadi profesor universiti dalam bidang bahasa, sastera dan tamadun Arab.

Selain jawatan pendidikan, Muhammad bin Shaqroon juga banyak memegang jawatan kerajaan dan antarabangsa. Di antara yang paling penting, kita boleh menyebut Kementerian Pendidikan Kebangsaan Maghribi, penasihat Kementerian Luar Negeri, pengarah hal ehwal kebudayaan Kementerian Dalam Negeri Maghribi dan ketua Persatuan Pendidikan Maghribi, serta ketua Jabatan Kebudayaan UNESCO dan setiausaha Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain jawatan yang disandangnya, Muhammad bin Shaqroon mempunyai karya terutama dalam bidang penterjemahan Al-Quran dan pengenalan Islam ke Barat melalui bahasa Eropah khususnya Perancis.

Karya beliau yang paling penting dalam bidang ini yang perlu disebut adalah; "The Holy Qur'an: Interpretation and Translation of its Meanings in French" - Al-Quranul-Karim; tafsir dan terjemahan maknawinya dalam bahasa Perancis, sebuah buku dalam 10 jilid yang dianggap oleh ramai orang sebagai terjemahan terperinci pertama makna Al-Quran dalam bahasa Perancis. Penulisan buku ini untuk Bin Shaqroon telah mengambil masa lebih 10 tahun .

Motivasi terpenting saintis Maghribi ini dalam menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Perancis boleh dianggap sebagai menjawab imej palsu mengenai Islam dan Al-Quran yang ada dikalangan orang Barat.

Karya lain Allamah Shaqroon; "The Holy Qur'an based on its various topics" - Al-Quran berdasarkan pelbagai topiknya - dalam 4 bahagian dalam bahasa Perancis, "The Basics and Meanings of the Holy Qur'an" - Budaya asas dan makna Al-Quran, "An Introduction to the Studies of the Qur'an and Hadith" - Pengenalan kepada pengajian Al-Quran dan Hadis - dalam dua bahagian, dan "Kamus Al-Quran dalam bahasa Arab, Perancis dan Sepanyol" adalah karya lain beliau yang cemerlang.

Dalam buku bertajuk "Ibadah dalam Islam dan aspek politik, sosial dan pendidikannya" dalam bahasa Perancis, Allamah Muhammad bin Shaqroon telah cuba menjelaskan ibadah Islam dari sudut sejarah, agama dan politik untuk khalayak Perancis.

* Hadiah bacaan surah Al-Fatihah dan selawat atas arwah Allamah Muhammad bin Shaqroon Allahyarhamhu.

Nama:
Email:
* komen:
captcha