IQNA

Ulama terkenal dunia Islam / 12

Perhatian kepada irama dan estetika dalam terjemahan Al-Quran

6:18 - December 20, 2022
Berita ID: 3101967
TEHRAN (IQNA) - Terjemahan di negara-negara Balkan telah mencapai kemajuan yang ketara sejak dahulu. Dari zaman mereka melakukan penterjemahan tafsir sehinggalah zaman estetika linguistik telah diambil perhatian dalam terjemahan supaya pembaca dapat memahami estetika linguistik di samping keindahan teks Al-Quran.

Laporan IQNA; Selepas tersebarnya terjemahan Al-Quran di negara-negara Balkan, termasuk Albania, Bosnia dan Kosovo, mereka juga tertarik dengan isu ini, antaranya, Sharif Ahmadi dan Hassan Nahi, dua orang ulama Islam Kosovo, menterjemah Al-Quran, yang diterbitkan pada tahun 1988. Selepas dua Penterjemah ini, terjemahan Al-Quran yang lain diterbitkan sehingga mencapai 12 terjemahan. Penterjemah generasi baru, yang mempunyai pengalaman linguistik, sastera, undang-undang, falsafah dan estetik yang berbeza, telah meninggalkan pengalaman mereka dalam terjemahan Al-Quran bahasa mereka.

Terjemahan pertama daripada bahasa Arab adalah dalam bentuk terjemahan biasa iaitu terjemahan tafsir (mengikut tafsiran yang dikenali oleh ilmuan agama). Dalam terjemahan jenis ini, makna dan maksud ayat-ayat dianggap hal pertama dan terakhir sebagai yang membimbangkan penterjemah, dan mereka tidak memberi perhatian kepada prinsip estetika bahasa tempatan. Gaya estetik dalam bahasa tempatan secara beransur-ansur mendapat perhatian dan pencetus cara ini ialah Asad Durakovic, seorang tokoh akademik. Seseorang yang telah menterjemah karya agung kesusasteraan Arab dalam bentuk prosa dan pantun di Bosnia selama beberapa dekad.

Pada tahun 2004, beliau menerbitkan "Al-Quran Suci dengan terjemahan Bosnia", yang merupakan terjemahan Al-Quran yang sangat baik. Beliau sibuk menterjemah Al-Quran selama bertahun-tahun, dan matlamatnya adalah agar pembaca Bosnia menikmati membaca Al-Quran dalam bahasa kebangsaannya.

Fatmir Osmani, ahli hukum dan diplomat dari Kosovo, juga menggunakan gaya ini. Beliau yang bekerja selama 10 tahun di kedutaan negaranya di London, berkenalan dengan karya Muhammad Marmaduke Pictall, salah seorang penterjemah pertama Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Osmani memutuskan untuk menterjemah terjemahan Pictall, yang telah diluluskan oleh Al-Azhar, ke dalam bahasa Albania. Terjemahan ini diterbitkan pada musim panas 2022. Ini adalah terjemahan kedua belas dalam bahasa Albania, yang telah memerhatikan irama kesusasteraan Albania, supaya pembaca Albania dapat membaca Al-Quran dalam bahasa kebangsaannya dan menikmati makna yang tinggi.

Osmani menegaskan bahawa matlamatnya ialah penterjemahan Al-Quran dilakukan dengan jumlah kata dan ayat penghubung yang sedikit supaya lebih berirama serta lebih baik dan mudah difahami dan diingati.

Walaupun Jamaah Islami Kosovo menerima isu ini dan menggesa satu majlis untuk memperkenalkan terjemahan Osmani, beberapa aktivis di kawasan ini menyatakan penentangan mereka terhadap isu ini dan mengatakan bahawa dalam keadaan warisan terjemahan daripada bahasa Arab telah banyak ditemui, alasan untuk menterjemahkan Al-Quran dari bahasa Inggeris tentu tidak diperlukan lagi.

Salah seorang penyokong terjemahan Osmani ialah "Shamsi Ivazi", seorang penyelidik terkemuka dalam sains Islam dan Arab serta terjemahan sastera daripada bahasa Arab ke bahasa Albania, yang percaya bahawa terjemahan bahasa Albania sebelum ini hanya tertumpu kepada makna; Tetapi Fatmir Osmani bergantung kepada teks yang diluluskan oleh Al-Azhar dan oleh itu menumpukkan segala usahanya untuk membuat teks itu supaya pembaca Albania merasakan bahawa dia sedang membaca teks warisan sastera negaranya.

captcha